Ahad, 30 November 2008

PERINTIS MASA DEPAN

Shalom..seperti yang saya janjikan, demi memenuhi keperluan kelompok sasaran tertentu, dengan hormatnya saya persembahkan kepada anda semua blog kedua saya iaitu Vanguard-Voice, khusus memaparkan berita dan kupasan isu yang berkaitan KRISTIAN, khususnya berkaitan aktiviti pelayanan saya, kotbah dan sebagainya.
Saya merujuk kamus http://www.merriam-webster.com/dictionary/vanguard dan isteri saya sendiri selaku Jurulatih Utama Bahasa Inggeris SPA tentang perkataan Vanguard. Justeru setelah meneliti terjemahan terus dan konteks penggunaan, saya senang menjelaskan bahawa Vanguard Voice merupakan suara yang merintis gerakan ke arah masa depan. Seorang penulis buku rohani terkenal iaitu Frank Damazio telah menulis sebuah buku bertajuk The Vanguard Leader. Pdt.Dr.Jimmy Oentoro menterjemahkannya kepada Pemimpin Barisan Depan. Justeru tidaklah lari jauh kalau Vanguard Voice merujuk kepada suara barisan depan. Walau bagaimanapun setelah bergumul saya senang untuk merujuknya kepada suara perintis masa depan.
Mungkin saja tajuk blog ini kelihatan gah dan tidak setimpal dengan kredibiliti dan wibawa saya serta pengisiannya. Namun apabila saya melihat dari sudut perkataan 'perintis', maka saya tidaklah rasa gah kerana konteks 'perintis' adalah luas. Lagi pun sejak terlibat sepenuhnya dalam pelayanan selama hampir 17 tahun, saya sedar benar akan karunia utama yang Tuhan sudah anugerahkan kepada saya.
Elok juga saya paparkan serba sedikit latar belakang saya khususnya perkembangan hidup rohani saya sebagai sokongan kepada blog ini. Berdasarkan catatan keluarga, saya dan keluarga kami bukan dilahirkan sebagai Kristian. Malahan saya masih sempat melihat bagaimana ibu saya terlibat dalam pemujaan roh jahat. Bapa saya juga tidak kurang handalnya dalam ilmu jahat. Namun itu cerita lama. Yang jelas..saya akhirnya dibaptis pada tahun 1983 oleh Pdt Masantun, Parokhi Dandun. Perkembangan hidup rohani saya bermula pada tahun 1992 apabila saya masuk maktab perguruan di Keningau. Di maktab tersebut wujud Jemaat Jabatan Kristian (JEJAK) yg mengadakan gathering setiap minggu. Saya mula mengenal persekutuan dengan denominasi lain. Saya menerima Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat melalui pelayanan Campus Crusade pada tahun 1993. Saya juga mengenali Pdt.John Kondo, selaku pengasas PCS Keningau. Oleh kerana saya adalah pembahas maktab (hehe minta puji) saya dikenali sangat dan semasa pemilihan AJK JEJAK saya dipilih. Melalui JEJAK saya mulai terlibat dalam pelayanan inter denominasi di Keningau, Tenom dan Sipitang. Pada peringkat awal saya hanyalah penyanyi latar kemudian pemimpin dan penyampai renungan. Bersama Pdt.John Kondo (dari Indonesia), saya bertumbuh dalam banyak hal. Boleh saya katakan beliau telah membina hidup rohani selama 3 tahun di Keningau. Bersama beliau, kami mengadakan KKR bergerak di Dandun (Pitas), Kudat dan Ulu Kukut (KB). Waktu itu PCS Pusat menentang keras pelayanan kami dan kami dilabel sebagai perosak PCS (Info : salah seorang anak muda yang diperbaharui semasa pelayanan di Dandun ialah 'boy' yang sekarang dikenali Pdt.Christopher Ogodong). Pdt John merupakan bapa rohani saya dan saya sentiasa merindui pelayanan bersama beliau. Di fahamkan beliau telah kembali ke Jakarta. Selepas posting dari Maktab, saya kronologikan perkembangan pelayanan saya :

1994 : Menubuhkan Persekutuan Belia PCS di kampung sendiri.

1994 : Menganjurkan Kebaktian Penyegaran Iman (yang pertama di PCS) di Parokhi Dandun.

1995 : Menganjurkan Retret Kepimpinan Wilayah 3. Menubuhkan PGKS Pitas dan Persekutuan Pelajar Kristian

di SMK Pitas. Menganjurkan Kem Pelajar Kristian (PPK) yang pertama di Pitas...melalui PPK, ratusan

pelajar menyerahkan hidup kepada Kristus.

1996 : Dipindahkan 24 jam ke SM Lok Yuk. Bersama guru lain kembali memperkasa PPK SM Lok Yuk.

Bersama PGKS Kudat, menganjurkan beberapa siri kem pelajar di pelusuk Kudat.

1997 : Dipilih menjadi Pengerusi Persekutuan Guru-Guru Kristian Sabah. Turut dilantik menjadi AJK Belia PCS

Pusat. Menganjurkan Retret Belia peringkat pusat.

1997-1999 : Penganjuran Konferensi PMM Utara Sabah

1999 : Kembali pindah ke SMK Pitas. Memulakan organisasi PCS Pekan Pitas.

2005 : Dilantik sebagai ahli bersekutu Scripture Union.

2005-2008 : Salah seorang pengkotbah/penceramah tetap Konferensi Tobilung Sabah (kuota PCS)

2008 : Dilantik sebagai EXCO PCS.

Sebenarnya saya tidak ada niat untuk 'mempromosikan' diri namun saya dedahkan setakat yang saya ingat sebagai kebolehpercayaan anda semua terhadap blog saya. Dalam konteks menyampaikan kotbah dan ceramah saya tidak ingat sudah berapa kali. Namun setakat ini sudah ada 5 buah buku kotbah saya dengan perjalanan di merata tempat. Pitas, Kota Marudu, Kudat, KK, Ranau, Sandakan, Lahad Datu, Kota Belud, Sipitang, Nabawan, Keningau..pelbagai denominasi dan suku kaum. Terbaru di PCS Shah Alam.
Saya berdoa agar paparan ini tidak akan 'mencuri atau merebut kemuliaan Tuhan'. Kalau ada setitik niat di hati seperti itu....Allah punya autoriti untuk menarik semua karuniaNya. Justeru...dengan sedikit catatan pengalaman dan pengetahuan (saya mengikuti program B.Min dari Seminari Theologi Malaysia tetapi belum habis2)...itulah yang saya rindu untuk kongsikan.
Saya memulakan pelayanan di sebuah gereja yang jauh terpencil tanpa sebarang kemudahan (gambar di atas). Setiap kali saya melihat gereja di kampung...saya ingat kembali siapa saya dahulu dan bagaimana Tuhan mengubah dan memakai saya. Semoga blog ini menjadi wadah yang membangunkan iman dan membawa ramai orang mendekat dan menyatakan rasa hormat dan takut kepada Tuhan YESUS Kristus. Segala kemuliaan hanya untuk DIA yang MAHA TINGGI.
" APABILA KITA MENANAM KITA PASTI MENUAI "