Jumaat, 30 Oktober 2009

MASA DEPAN ASRAMA PCS



Saya pernah tinggal di asrama PCS..selama 5 hari iaitu pada awal tahun 1985 di Kg.Kalumpang Pitas. Pada waktu itu, SMK Pitas masih menumpang di bangunan SK Pekan Pitas. Asrama PCS sudah wujud puluhan tahun lamanya. Tarikh permulaan sebenar saya pun tidak tahu. Yang jelasnya jemaat PCS mengakui peranan dan jasa asrama PCS. Sudah mengeluarkan ribuan modal insan yang diberkati Tuhan. Menjadi pegawai kerajaan pelbagai pangkat, peniaga, YB, pastor, pendeta, ahli profesional...penjenayah dan banyak lagi. Kini masa depan asrama PCS semakin samar. Penyumbang utama, Mission 21 sepertinya melihat kemalapan ini. Semangat untuk menolong masih ada tetapi...............
Melalui arahan Mission21, PCS menubuhkan setu badan petugas khas bagi mengkaji hala tuju pelayanan asrama. Apakah masih relevan? apakah bentuk anjakan paradigma yang diperlukan untuk membolehkan asrama PCS benar-benar memenuhi keperluan massa? Task force adalah seperti berikut :
Pengerusi : Maklin Masiau
Setiausaha : Jobit Sulangi
Ahli :
1. Sopirid Masanduh
2. Jota Magain
3. Anan Periasamy
4. Welter Arifin
5. Matius Alok
6. Inobunga Bidin

Semoga Tuhan menyatakan misinya....

Rabu, 7 Oktober 2009

MEMANTAPKAN PELAYANAN KANAK-KANAK



Puji Tuhan, PCS Pekan Pitas telah berjaya menyiapkan bangunan gereja khas untuk kanak-kanak. Dengan adanya bangunan gereja sendiri, maka pelayanan kanak-kanak khususnya semasa sesi sekolah minggu akan lebih selesa dan kondusif. Bangunan yang menelan kos sekitar RM10,000 ini dibiayai sepenuhnya oleh jemaat PCS Pekan sendiri dan berjaya disiapkan dalam tempoh 3 bulan. Terima kasih kepada semua jemaat dan orang perseorangan yang telah membantu dalam semua apsek sehingga gereja kanak-kanak ini dapat disiapkan. Tuhan Memberkati.

Jumaat, 11 September 2009

TAFSIRAN HAKIM CETUS KONFLIK

KEPUTUSAN Mahkamah Sivil yang memutuskan bahawa ia tiada bidang kuasa untuk mengusik keputusan Mahkamah Syariah berhubung status pertukaran agama M. Moorthy atau nama Islamnya, Mohamad Abdullah terus mencetuskan debat yang masih berlarutan.Ekoran kes itu, masyarakat bukan Islam mendesak supaya kerajaan meneliti semula dan seterusnya meminda Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang memisahkan bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Mereka percaya pindaan itu boleh menyelesaikan konflik bidang kuasa itu. Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh (Majlis) adalah salah satu pihak yang meyakini langkah itu.

``Kebimbangan kami ialah kesan pertukaran agama itu serta tafsiran mahkamah terhadap hak kebebasan memilih agama yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,'' kata Rev. Wong Kim Kong. Jurucakap Majlis itu merupakan Pengerusi Jawatankuasa Khas Isu Artikel 121 (1A) yang dibentuk selepas Mahkamah Syariah mengesahkan pertukaran agama Moorthy kepada Islam.

Dalam wawancara bersama wartawan NOOR AZAM SHAIRI ini, Rev. Wong meluahkan beberapa kebimbangan masyarakat bukan Islam berhubung isu-isu yang berbangkit bertolak daripada kes pertukaran agama. Wawancara ini dibuat di pejabatnya di Petaling Jaya, sehari sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa Artikel 121 (1A) tidak akan dipinda.

MINGGUAN: Apakah kebimbangan masyarakat bukan Islam dalam isu ini?

WONG: Hak asasi manusia berkenaan kebebasan memilih agama, terutama seseorang yang memeluk Islam dan kesannya terhadap ahli keluarga dalam soal harta pusaka serta pertukaran agama secara automatik anak-anak di bawah umur 18 tahun.

Kebimbangan kami ialah sesetengah hakim itu tidak mempunyai keberanian profesional dan pemahaman kehakiman untuk menguatkuasakan Perlembagaan Persekutuan dan mentafsir Artikel 121 (1A) serta undang-undang lain yang menyentuh hak-hak orang Islam dan bukan Islam.

Itulah kebimbangan utama kami terutamanya apabila ada hakim (dalam kes Mohamad @ Moorthy) yang mengatakan mahkamah sivil tidak ada bidang kuasa terhadap keputusan mahkamah syariah.

Keadaan ini ditambah lagi apabila seorang peguam kanan persekutuan membuat kenyataan yang berat sebelah dengan mengatakan (orang bukan Islam) tidak ada remedi dari segi undang-undang, sedangkan dia sepatutnya bertindak bebas dengan mengutamakan kepentingan umum. Kenyataan itu cukup mengejutkan.

Jadi isunya bukan pertukaran agama tetapi kesan yang berbangkit daripada pertukaran agama itu?

WONG: Pertama, kesan pertukaran agama itu mengikut undang-undang dan kedua, tafsiran mahkamah terhadap Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain yang melanggar hak asasi manusia.

Ini adalah isu tentang hak asasi manusia, tentang tugas dan tanggungjawab hakim dan tentang pendirian berat sebelah Jabatan Peguam Negara. Semua kebimbangan ini mencetuskan persepsi bahawa undang-undang syariah akan menjadi undang-undang tertinggi negara. Ada persepsi bahawa inilah yang sedang dilakukan oleh sesetengah pihak.

Apakah kesan daripada pertukaran agama yang menjadi kekhuatiran itu?

WONG: Pertama, suami atau isteri kepada seseorang yang memeluk Islam serta anak-anaknya

yang tidak memeluk Islam tidak akan mewarisi hartanya. Harta itu akan diserahkan kepada waris yang beragama Islam atau, sekiranya tidak ada waris yang beragama Islam, ia diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Kedua, anak-anak yang di bawah 18 tahun secara serta-merta dianggap sebagai Islam.

Tafsirannya ialah apabila masuk Islam seseorang itu kekal dalam Islam selama-lamanya. Anak-anak ini secara tidak langsung menjadi Islam kerana orang tuanya masuk Islam, dan ia tidak boleh ditukar. Seseorang itu mungkin langsung tidak mengamalkan Islam tetapi kerana pilihan dan keputusan orang tuanya mereka menjadi Islam.

Kepercayaan agama adalah soal pilihan. Sekiranya seseorang itu percaya kepada Islam, dia berhak untuk masuk Islam. Tetapi dalam kedudukan anak-anak itu mereka tidak membuat pilihan. Mereka menjadi sebahagian daripada keputusan ibu atau bapa mereka.

Kami juga khuatir terhadap tafsiran yang membawa maksud undang-undang syariah adalah undang-undang tertinggi di negara ini. Ini mencetuskan kekeliruan dan akhirnya akan mengganggu keharmonian dan keutuhan sesebuah keluarga serta struktur masyarakat.

Negara ini berbilang kaum dan berbagai agama. Kami bimbang isu-isu seperti ini boleh menjejaskan integrasi dan perpaduan nasional, imej negara dan seterusnya menjejaskan imej Islam. Kita tentunya tidak mahu orang melihat Islam seperti itu.

Tetapi bukankah hubungan antara seseorang yang memeluk Islam dengan keluarganya tidak terputus sama sekali? Ayah atau ibu tetap ayah dan ibu, cuma suami dan isteri saja yang tidak boleh meneruskan perkahwinan, kalau salah seorang tidak memeluk Islam.

WONG: Ya, hubungan kekeluargaan itu tidak terputus, hanya kepercayaan dan fahaman yang berbeza.

Apa yang menjadi masalah ialah sekiranya salah seorang daripada pasangan suami isteri memeluk Islam secara senyap-senyap tetapi kemudian masih tinggal sebagai suami isteri, tidakkah mereka itu mengikut Islam telah berkhalwat?

Sekiranya salah seorang memilih untuk tidak memeluk Islam, ia bermaksud hubungan itu telah terputus. Saya menyifatkan ini sebagai gangguan kepada unit keluarga dan mencetuskan ketidakharmonian di kalangan anggota keluarga itu.

Apakah yang sepatutnya dibuat kalau seseorang itu mahu memeluk Islam?

WONG: Setiap orang harus diberi kebebasan untuk memilih agamanya. Sekiranya seorang suami mahu memeluk Islam, dia bertanggungjawab untuk membincangkannya bersama isteri. Kita harus memberikan peluang kepada mereka untuk berdialog, berbincang, berhujah atau sampai bertengkar sekali pun sehinggalah mencapai kata sepakat, seelok-eloknya dengan baik.

Kalau orang mahu bertukar agama, dia akan bertukar agama juga tetapi setidak-tidaknya hal itu dibincangkan bersama pasangannya. Tetapi malangnya pertukaran agama kepada Islam memberikan kesan kepada isteri, baik dia bersetuju ataupun membantah tindakan suaminya itu.

Oleh itu kerajaan harus mencari satu jalan untuk memberikan perlindungan kepada isteri dan anak-anak. Sekiranya penyelesaian itu dapat dicari tiada siapa yang bimbang. Apa yang menjadi kebimbangan sekarang ialah kepentingan mereka dalam soal perwarisan tidak dilindungi.

Tetapi semua perbalahan yang berbangkit daripada kes Moorthy membayangkan keluarganya membantah pertukaran agama?

WONG: Kita mesti jelas bahawa mereka menentang kerahsiaan dan kurangnya bukti yang menunjukkan pertukaran agama telah berlaku.

Pertukaran agama yang dibuat senyap-senyap itu menjadi kebimbangan?

WONG: Ya. Kami tidak menentang pertukaran agama baik kepada Islam mahupun mana-mana agama kerana Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan membenarkannya sebagai satu hak. Artikel yang sama yang juga membenarkan penyebaran agama Islam kepada sesiapa. Cuma kita tidak boleh membenarkan pertukaran agama yang dibuat secara paksaan dan dengan tidak beretika. Maksud saya kita menipu orang untuk memeluk kepercayaan kita.

Inilah juga yang selalu saya tekankan kepada rakan-rakan saya pemimpin Kristian.

Apakah cadangan saudara?

WONG: Dalam kes pertukaran agama kepada Islam, sekiranya ada peruntukan undang-undang yang melindungi pihak ketiga ia tidak menjadi masalah. Menukar agama adalah pilihan masing-masing; kalau hanya melibatkan dia seorang diri tidak mengapa. Tetapi sekiranya ia memberi kesan kepada pihak ketiga, pertukaran agama itu mestilah telus dan terbuka.

Saya berpendapat kerajaan harus menggubal undang-undang yang menjaga kepentingan dan kebajikan pasangan, anak-anak serta waris. Ini kepada saya memadai untuk mengendurkan masalah yang dihadapi.

Ketelusan dan keterbukaan itu juga penting bagi mengelakkan timbulnya sebarang kekeliruan pada masa akan datang misalnya dalam soal pengebumian. Kepada saya, kalau seseorang itu percaya kepada sesuatu fahaman atau agama, dia tidak harus takut untuk menyatakan kepercayaannya itu. Pembaptisan dalam Kristian misalnya adalah satu perisytiharan tentang kepercayaan.

Ada dua perkara dalam hal ini: Pertama, ia boleh mengelakkan kekeliruan, dan kedua, ia mengisytiharkan kepercayaan seseorang. Kenapa harus berahsia kalau memeluk Islam?

Adakah apa-apa yang menghalang seseorang daripada memeluk Islam?

WONG: Tidak ada. Saya percaya Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan memberi kebebasan kepada seseorang untuk memilih agamanya. Saya juga percaya fahaman agama adalah pilihan peribadi.

Tetapi sebelum seseorang itu memilih mana-mana agama yang hendak dianuti, dia harus terlebih dahulu menimbangkan baik buruknya. Saya di Alor Star baru-baru ini, dan ketika makan kueytiau di tepi jalan saya ditanya oleh seorang penjual durian yang menyatakan minat hendak masuk Kristian. Tetapi katanya, dia tidak masuk Kristian kerana dia tidak boleh meninggalkan tabiat-tabiat lamanya - main perempuan, berjudi, merokok.

Agama mana pun begitu juga; ada yang boleh dan tidak boleh dibuat. Terpulanglah kepada seseorang untuk memilih. Ini pilihan masing-masing. Malah kepada anak-anak pun saya katakan begitu; mereka boleh menentukan agama sendiri apabila berumur 18 tahun nanti.

Saya rasa biar kita jelas tentang hal ini. Kami tidak membantah pertukaran agama kepada Islam, ataupun menentang Islam. Saya tahu sesetengah kelompok dalam Islam merasakan kami cuba campur tangan dalam hal- ehwal Islam. Tidak. Sekiranya seseorang itu Islam, kami setuju bahawa ia jatuh dalam bidang syariah dan patut dibicarakan oleh mahkamah syariah.

Bukankah undang-undang syariah yang menentukan seseorang itu Islam atau tidak?

WONG: Tetapi sekiranya kes itu melibatkan bukan Islam, ia harus dibicarakan oleh mahkamah sivil kerana sebagai seorang bukan Islam dia tidak boleh didengar di mahkamah syariah.

Tetapi dari segi undang-undang yang ada sekarang tidak ada apa-apa yang menyekat orang bukan Islam daripada didengar oleh mahkamah syariah.

WONG: Masalahnya tafsiran undang-undang itulah yang menjadi kekeliruan sekarang. Permohonan itu dibuat secara ex-parte (seolah-olah) mengatakan sebagai bukan Islam, hujah dan bukti mereka tidak boleh dipertimbangkan.

Selain itu, kami juga bimbang tafsiran mahkamah syariah itu boleh jadi berat sebelah, dan dalam beberapa keadaan apa yang dibimbangkan itu sudah berlaku.

Itulah sebabnya kami meminta supaya mahkamah sivil memberi remedi kepada orang bukan Islam yang tersepit dalam hal ehwal-Islam.

Ada desakan supaya Artikel 121 (1A) dipinda dan kembali kepada keadaan seperti sebelum tahun 1988.

WONG: Pada pandangan saya, kita harus mencari penyelesaian yang baik, yang tidak melukakan perasaan masyarakat Islam.

Kedudukan Mahkamah Sivil dan undang-undang Islam

Saudara telah menyuarakan banyak kebimbangan orang bukan Islam. Kebimbangan orang Islam pula ialah mahkamah sivil tidak mampu untuk memutuskan hal-hal yang berkaitan dengan Islam, berdasarkan kepada sejarah perundangan negara ini.

WONG: Kepada saya, kalau seseorang itu Islam dia tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah syariah. Sebagai contoh, sekiranya pertukaran agama Moothy kepada Islam telah dibuktikan lebih awal lagi, pengebumian mengikut Islam itu adalah haknya. Tetapi isu itu kecoh kerana ada kekeliruan dan tidak jelas, dan akhirnya menimbulkan kerumitan.

Pendirian Majlis sudah berubah sekarang. Pada awalnya kami bertegas bahawa peruntukan Perlembagaan Persekutuan itu harus dipinda. Tetapi setelah membincangkannya dengan mendalam dan melihat keadaan sosial, kami sedia bekerjasama dengan kerajaan untuk meneliti perkara ini dan memberikan pandangan kami.

Kita jangan lupa pindaan 1988 itu dibuat antara lain untuk menghalang orang Islam daripada membawa kes yang sudah diputuskan di mahkamah syariah ke mahkamah sivil. Misalkan begini. Seorang anak meminta sesuatu daripada ibu. Ibu tidak benarkan. Apabila ayah balik ke rumah, dia minta pula daripada ayah, dan ayah benarkan. Akibatnya, konflik.

Rasional Artikel 121(1A) ialah untuk melindungi kepentingan orang Islam tetapi batas undang-undang itu luas dan kita telah terkeluar daripada hadnya. Apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan sekarang ialah membuat pindaan atau penjelasan bagi memastikan sekiranya sesuatu isu itu melibatkan kepentingan orang bukan Islam maka bidang kuasanya diberikan kepada mahkamah sivil.

Tetapi apakah mahkamah sivil mampu? Apakah kita tidak belajar daripada kes-kes yang diputuskan sebelum 1988?

WONG: Maksud saya sekiranya kes itu hanya melibatkan orang Islam, mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa mutlak. Tetapi sekiranya ia melibatkan kepentigan pihak ketiga yang bukan Islam, seperti dalam kes Kaliammal yang tidak percaya suaminya sudah masuk Islam, ia hendaklah pergi ke mahkamah sivil.

Soalan saya ialah apakah mahkamah sivil mempunyai apa yang dikatakan sebagai the brain and the common sense untuk memutuskan hal-ehwal Islam dan kepentingan orang Islam?

WONG: Dalam isu ini mahkamah memutuskan bukti-bukti pertukaran agama, bukannya bagaimana hendak mentafsirkan undang-undang berkenaan hal-ehwal Islam. Kita jangan terkeliru dalam hal ini.

Mahkamah sivil tidak sepatutnya campur tangan dalam hal-ehwal Islam. Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa dalam hal-hal personal orang Islam berkaitan dengan Islam.

Saya suka hendak mengingatkan bahawa isu ini bukanlah isu agama atau pertembungan agama-agama lain dengan Islam. Kita perlu jelas hal ini. Inilah juga yang saya ingatkan kepada paderi-paderi saya. Saya ingatkan mereka bahawa orang Islam itu saudara-saudara kita juga.

Perlembagaan Persekutuan jelas dalam hal ini, tentang bidang kuasa antara dua mahkamah?

WONG: Selagi perkara itu menyentuh kepentingan orang Islam dan hal-ehwal Islam. Tetapi apakah tafsirannya jelas begitu? Sekiranya jelas para hakim tentu tidak akan mentafsirkan sebaliknya, dan itu menunjukkan ada loopholes. Itulah yang perlu kita betulkan sekarang.

Apa yang penting untuk difikirkan sekarang ialah bagaimana pada masa yang sama kita harus memelihara kepentingan orang bukan Islam. Kita harus objektif dalam perkara ini.

Dalam hal pertukaran agama, bukankah hukum Islam sahaja yang boleh menentukan sama ada seseorang itu telah Islam atau tidak? Dalam hal ini tentulah tempatnya bukan di mahkamah sivil tetapi mahkamah syariah.

WONG: Penentuan itu bergantung kepada pembuktian. Dalam hal ini, mungkin undang-undang perlu mentakrifkan apakah yang menjadikan seseorang itu memeluk Islam.

Takrifan itulah yang akan menjadi garis panduan kepada hakim, baik di mahkamah syariah atau mahkamah sivil. Hujah saya ialah selagi seseorang itu tidak dibuktikan Islam, kita tidak boleh mengenakan undang-undang Islam ke atasnya. Soalnya bagaimana hendak membuktikannya, dan siapakah yang layak untuk membuktikan?

Adakah ini isu-isu yang perlu diperjelaskan?

WONG: Ya. Kalau undang-undang dalam hal ini jelas, seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak, bagaimana masalah seperti ini boleh berlaku?

Adakah ini salah laku mereka yang terlibat seperti hakim dan peguam kanan persekutuan? Kalau mereka telah tersalah tafsir mereka harus dikenakan tindakan.

Pengajaran daripada episod Moorthy

Apakah pengajaran daripada seluruh episod ini?

WONG: Setakat ini saya gembira kerana masyarakat telah cukup matang untuk membincangkan isu-isu ini tanpa membangkitkan kemarahan. Kita harus mengekalkan kematangan itu. Kalau kita mahu menjadi sebuah negara maju, kita harus dilihat sebagai masyarakat yang membangun.

Dalam pada itu, kita harus membincangkannya dengan objektif. Saya selalu ingatkan kepada rakan-rakan yang bukan Islam bahawa kita harus selalu memikirkan perasaan orang Islam. Tetapi dalam pada itu tentu ada kelompok yang ekstrem, dan mereka ini kalau hendak hentam, mereka hentam saja.

Kematangan dan kesediaan kita berkongsi pandangan serta mendengar antara satu sama lain adalah sesuatu yang sihat. Kalau kita merasakan ia sudah lengkap dan jelas, kita harus memberikan kepastian yang jelas dari segi undang-undang supaya tidak akan timbul salah tafsir pada masa akan datang.

Kita harus menjelaskan perbezaan antara mahkamah sivil dengan mahkamah syariah, serta ruang lingkup kedua-duanya. Sekiranya pembuat dasar memikirkan perkara ini masak-masak mereka akan menemui penyelesaiannya.

Maksudnya?

WONG: Kalau kerajaan dan pihak yang berkenaan ada kesungguhan politik bersedia mengakui bahawa kita sedang berhadapan dengan jalan buntu dan mahu membetulkannya untuk mencapai keadilan, kita boleh melakukannya.

Apakah yang digambarkan oleh seluruh episod ini tentang masyarakat dan negara ini?

WONG: Ia menunjukkan ada banyak isu yang boleh menjejaskan keharmonian antara agama. Kita tidak harus ambil mudah bahawa semuanya elok. Oleh kerana negara ini masyarakatnya berbilang kaum, agama dan budaya, selagi itulah ada masalah yang boleh timbul.

Tetapi kita mesti bersedia menyelesaikannya dengan matang. Episod ini memberitahu kita bahawa kerajaan memberikan kebebasan kepada rakyat untuk menyuarakan pandangan. Rakyat juga menunjukkan kematangan memberikan pandangan dan mendengar antara satu sama lain.

Ini petanda yang baik. Tetapi kita masih harus memerhatikan segelintir pihak yang menunggu untuk mengeksploitasikan isu ini. Saya rasa kerajaan perlu menangani mereka ini without fear or favour. Kalau ia tunduk kepada kehendak kelompok kecil ini, kita akan berhadapan dengan masalah.

Dengan kematangan ini, bagaimanakah saudara melihat masa depan dialog antara agama?

WONG: Kita perlu satu platform untuk sama-sama berbincang. Kita boleh menyuarakan pandangan tetapi pada akhirnya kita harus bersedia untuk tidak bersetuju.

Kepada saya, dialog antara agama dan suruhanjaya antara agama (IFC) yang pernah dicadangkan dulu adalah platform yang terbaik. Ia tidak harus dilihat sebagai penentangan orang bukan Islam kepada orang Islam. Sesetengah pihak mentafsirkannya begitu, seolah-olah kami mencabar Islam, tidak.

Tetapi kami tidak tahu siapakah yang mewakili pandangan masyarakat Islam yang boleh kami berhubung? Saya bukan mengatakan tidak ada perpaduan tetapi tidak ada badan tertentu yang ada authority yang betul-betul mewakili orang Islam.

Khamis, 20 Ogos 2009

Segerakan Tindakan terhadap AL ISLAM



Aktivis Katholik, yang masih tidak berpuas hati atas ketiadaan tindakan terhadap Al Islam, hari ini membuat desakan agar polis menyegerakannya berhubung dakwaan menghina agama itu.
Sudhagaran Stanley dan rakannya Joachim Francis Xavier menghantar sendiri surat gesaan ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur pada jam 11 pagi ini.
Kedua-duanya, yang berasal dari Pulau Pinang, ditemani oleh seorang peguam Annou Xavier.

Bercakap kepada media selepas itu, Annou berkata, surat anak guamnya itu turut mempersoalkan kelambatan tindakan terhadap wartawan majalah itu, Muhd Ridwan Abdul Jalil.
Annou berkata, Sudhagaran dan Joachim pernah menghantar surat yang sama kepada IPD berkenaan pada ada 5 Ogos lalu tetapi sehingga kini belum mendapat sebarang balasan.

Dalam kenyataan bersama Sudhagaran dan Joachim yang diedarkan kepada media, mereka menyarankan wartawan dan majalah itu didakwa bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan “mencemarkan tempat sembahyang dengan niat dengan mengaibkan agama mana-mana golongan”.

“Kami hairan kenapa siasatannya mengambil masa yang begitu lama. Dan bila ia dianggap selesai, kenapa tiada tindakan dikenakan kepada wartawan dan majalah itu.
“Tambahan, indakan boleh juga diambil bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan terhadap penerbit Al-Islam, Utusan Karya Sdn Bhd, anak syarikat kumpulan Utusan,” kata mereka.
Ditanya sama ada anak guamnya memberikan sebarang tarikh akhir kepada polis supaya menjawab surat itu, Annou berkata: “Tiada, kita tidak mahu ganggu tugas polis.”

Walaupun laporan polis Sudhagaran dan Joachim itu dibuat IPD Timur Laut di Pulau Pinang, kes tersebut disiasat pegawai IPD Dang Wangi kerana Al-Islam beroperasi di Kuala Lumpur.

Kedua-dua aktivis dari Pusat Keuskupan Katholik Pulau Pinang itu juga belum memutuskan masa untuk menghantar memorandum membantah kelewatan itu kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) seperti dirancang sebelumnya.

Rabu, 8 Julai 2009

Lawatan EXCO ke Parokhi Dandun

Pada 4 Julai lalu, EXCO PCS telah melawat Parokhi Dandun. Rombongan EXCO terdiri daripada Pdt.Sopirid, Pdt.Janios, Pdt.Torido, Pdt.Makansim dan En.Maklin. Disamping memang telah dimasukkan dalam kalendar rasmi pelayanan exco, lawatan ini juga bertujuan mentabhis Tumpuk Mowilis sebagai pendeta, meneliti masalah sempadan tanah stesen dandun dan memperhalusi cadangan perpindahan pusat pentadbiran parokhi Dandun ke PCS Pekan Pitas. Proses pentahbisan berjalan lancar (lihat gambar) dan kini beliau bergelar Pendeta Mowilis Sulimbai. Mengenai masalah sempadan tanah, ternyata saiz tanah stesen Dandun semakin mengecil ekoran masalah sikap dan kesilapan teknikal semasa urusan jual beli tanah. Sementara itu cadangan perpindahan pusat pentadbiran parokhi ditangguhkan sehingga pihak AJKP dan jemaat Dandun berbincang dari hati ke hati mengenai rasional perpindahan ini. Tuhan memberkati.

Selasa, 30 Jun 2009

PCS MISSION SCHOOLS : Harapan Tidak Hilang

26-28 Jun lalu saya menghadiri (dijemput) menghadiri Conference Of Christian Mission School In Malaysia bertempat di Olympic Hotel, KL. Conference ini merupakan satu sejarah kerana buat pertama kali Perdana Menteri bersetuju untuk merasmikannya. (sblm ini menteri atau PM yang dijemput tidak datang). Tan Sri Bernard Dompok bukan sahaja pengerusi penganjur malahan 'org kuat" di sebalik penganjuran yang sangat berjaya ini.
Saya hadir atas kapasiti Pengerusi PGKS juga sekali mewakili gereja PCS. Delegasi dari Sabah seramai 11 orang yang mewakili 5 gereja utama, khususnya yang mengetuai jabatan pendidikan mission school masing-masing. Conference ini dianjurkan bagi membincangkan hala tuju sekolah sekolah mission di Malaysia yang kesemuanya berjumlah 460 yang sebilangan besar mencecah usia ratusan tahun. Walaupun diadakan di Olympic Hotel tetapi untuk upacara perasmian, diadakan di St.John Institution, sekolah mission tertua di KL (tempat di mana PM Datuk Seri Najib bersekolah selama 8 tahun). Sebelum upacara perasmian, delegasi utama conference telah bergambar bersama PM, Tan Sri Bernard Dompok, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Kai Siong dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimudin.
Conference ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi berupa 12 usul yang dikemukakan oleh Tan Sri Dompok dalam ucapan rasmi beliau. Antara usul ialah : pelaksanaan laporan Aziz 1971, pengekalan ethos, funding, dan leasehold land. PM dalam ucapan dan press conference selepas perasmian berjanji meneliti semua tuntutan/usul dan secara rasmi mengarahkan KPP dan Timbalan Menteri meneliti memorandum tersebut.
Conference benar-benar merasakan situasi dan iklim Malaysia sekarang merupakan right time untuk mission school di Malaysia memainkan peranan khususnya dalam konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh PM. PM dalam ucapannya mengakui peranan yang telah dimainkan oleh mission school dalam membina negara Malaysia. Akhirnya conference bersetuju menubuhkan Federation of Malaysia Mission School di mana saya salah seorang dlm protem komiti selain 3 orang lain dari Sabah. Saya paparkan beberapa gambar kenangan dalam conference tersebut. Gambar bersama PM akan saya paparkan sebaik sahaja penganjur mengirimkannya. Selain itu tidak lupa saya titipkan respect saya kepada Tan Sri Bernard kerana peranan besar yang beliau mainkan di sebalik semua ini. 1 Malaysia....Rakyat Diutamakan...

Isnin, 4 Mei 2009

ISU BERKAITAN "ALLAH"

Court allows Sarawak woman to challenge confiscation of ‘Allah’ CDs

KUALA LUMPUR, May 4 – A Melanau woman was given the green light by the High Court here today to challenge the Home Ministry’s decision to confiscate eight compact discs (CDs) of Christian religious teachings containing the word “Allah”.

Justice Datuk Alizatul Khair Osman granted leave to Jill Ireland Lawrence Bill, 27, to initiate the judicial review proceedings to seek three reliefs from the court. She wants an order of certiorari to quash the ministry’s decision to confiscate the CDs, an order of mandamus to direct the ministry to return the CDs to her and a declaration that she has the legitimate expectation to exercise her right to possess, use and import publications containing the word “Allah”.

Alizatul made the order in chambers after hearing submissions from her counsel, Annou Xavier and Henry Teh, and senior federal counsel Suzanna Atan, representing the ministry and the government who were named as respondents.

On May 11 last year, the ministry seized the CDs under Section 9 (1) of the Printing Presses And Publications Act 1984 when Jill Ireland, a clerk, disembarked at the Low Cost Carrier Terminal (LCCT) in Sepang.

The CDs containing titles including “Cara Menggunakan Kunci Kerajaan Allah, Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah and Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah” were brought in from Indonesia.

Jill, a Sarawakian native and a Christian, claimed that she used the word “Allah” in her prayers, worship and religious education. She claimed that she used both Bahasa Malaysia and the Bahasa Indonesia ALKITAB which uses the word “Allah”. She claimed that she received a letter dated July 7 last year from the ministry outlining the reasons for the confiscation, including that it was a threat to security, that it used prohibited words and that it was a breach of religious guidelines. – Bernama

Khamis, 23 April 2009

E-MAIL DARI NECF

PETALING JAYA (April 22, 2009) : The conversion of children to Islam as part of divorce and custodial tussles is "un-Islamic", says International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) founding chairman and CEO Mohammad Hashim Kamali.

r Alwi (right) and Mohammad at the public lecture.

"In my opinion, such ‘forced’ conversion is un-Islamic ... to use Islam in order to inflict or for purposes that are not part of the spirituality or aqidah of Islam, whether it is marriage, whether it is divorce or custody and there is a tussle between the wife and husband over the children does not make sense," said Mohammad.

"To go to the Syariah Court and claim that the child, who is two or three years old, has been converted to Islam, what does it mean? You convert a two-year-old child or five-year-old to Islam, it doesn’t really make sense when you look at this phenomena from the texts and guidelines of Islam," he said.

Mohammad said conversion to Islam was a conscious and deliberate act on the part of the individual requiring a comprehension of the decision made by the person converting.

"(Conversion to Islam) calls for a profession in your words and an affirmation in your heart. Can you expect a child of five years (to have that). Most of these ‘forced conversions’ really arise over those issues (divorce and custodial battles) and I think we need to depart from that," he said.

"The child should grow up and be an adult, and be given the freedom to choose his or her religion. Before they reach the age of majority, any religion inflicted on the child is not really valid. A religion has to be embraced with a deliberate understanding by a competent person. Children are not competent," added Mohammad, who called for a change to the current laws."... We need to add something to ensure it does not limit the freedom of the child when he or she becomes an adult."

"Islam protects non-Muslims when it comes to basic rights, and it does not differentiate between Muslims and non-Muslims. It is for all," added Mohammad, who responded to questions after a talk on Islamic extremism by former Indonesian foreign minister Dr Alwi Abdurrahman Shihab in the IAIS centre here yesterday.

Alwi said such issues (conversions) were unknown in Indonesia."I do not really see any such phenomenon (forced conversions) in Indonesia today. Muslims might sometimes raise complaints over the Christian missions, but today I think we are not very concerned over forced conversions. I do not know whether there are isolated incidents but we are proud to be a nation respectful to other faiths," he said.

Alwi then called on the media to report more objectively on Islamic matters to present a fairer picture of the religion.

"The media likes to exaggerate and cover all kinds of protests and radicalism because this is the news. The moderate voices are not attractive to people. One person protesting the US at the embassy is considered good news for the media, but not 10 people trying to help others in an Islamic way."

The media is very important."So, many moderate voices are not being covered by the media because this is not considered good news for commercial purposes. The ‘good news’ is what is against the norm," said Alwi who cited the Indonesian situation.

"The reality in Indonesia is that although people are worried about extremism and radicalism in Indonesia, the outcome of the Indonesian elections is that Islamic parties are not showing good results.

"The secular parties are showing the best results and that is the objective condition of Indonesia. The radicals are not accepted by the Indonesian silent majority," said Alwi."The media always likes to exaggerate. So, talking about Indonesia, the radical Muslims are not gaining ground, because this is the will of the people," he added.

Isnin, 20 April 2009

BIASISWA PCS

Puji Tuhan, tahun ini Mission 21 meneruskan sokongan kewangan kepada PCS khususnya dalam aspek biasiswa akademik dan theologi. Bagi bidang akademik sejumlah wang bakal tiba pada tahun ini. Justeru bidang R & D PCS dipertanggungjawabkan untuk mengendali semua peringkat pengurusan biasiswa ini. Setelah membincangakan dalam mesyuarat EXCO, diputuskan 10 bidang yang dilihat amat diperlukan dalam pembangunan sumber manusia PCS diberi keutamaan untuk diberi biasiswa. Bidang-bidang iaitu ialah, 1) Muzik, 2) Teknologi Maklumat, 3) Perakaunan, 4) Perubatan, 5) Pendidikan (khususnya TESL), 6) Arkitek, 7) Perundangan, 8) Psikologi, 9) Kejuruteraan Awam, 10) Pertanian
Buat masa ini borang sedang disiapkan. Walaubagaimanapun para pemohon boleh menghubungi pihak R & D secepatnya. Dimaklumkan bahawa pihak Mission 21 sangat mementingkan kesan dan manfaat kepada PCS mengenai pemberian biasiswa. Justeru disamping kelayakan berdasarkan keanggotaan kepada PCS, satu bentuk "persefahaman rasmi" akan dibuat di antara PCS dengan pemohon yang berjaya bahawa apabila berjaya kelak, beliau sanggup membantu PCS sesuai dengan bidang kepakarannya khususnya dari segi pelayanan misi, pentadbiran dam sebagainya. Ringkasnya..tahu berterima kasih kepada Tuhan melalui PCS.

Jumaat, 10 April 2009

KEBAKTIAN JUMAAT AGUNG

Shalom..agak lama tidak updatekan blog ini. Isu dan berita memang banyak tetapi disamping kesibukan..kabel kamera digital saya juga digigit tikus yg menyukarkan saya selitkan rakaman bergambar. Gambar dlm post saya kali ini pun atas ehsan rakan sepelayanan saya, cikgu Henson.
Puji Tuhan..kerajaan Malaysia masih meneruskan cuti Good Friday khusus untuk Sabah, Sarawak, Melaka dan Pulau Pinang. Persekutuan Gereja-Gereja Pitas mengambil peluang ini dengan mengadakan kebaktian Jumaat Agung bersama yang diadakan di PCS Pekan Pitas. Pelayanan pemimpin & muzik dari PCS, Kotbah dari Anglikan dan pelayanan lain dikendalikan oleh SIB. Puji Tuhan dengan kesatuan yang indah. Saya berpendapat bahawa ada 2 peristiwa/kalendar umat Kristian yang wajar dirayakan bersama tanpa batasan nama gereja iaitu Kelahiran dan Kematian Yesus. Gereja PCS Pekan Pitas sangat kecil. Hanya berukuran 24' x 40' dan secara logiknya hanya boleh memuatkan paling ramai 200 orang.Justeru masih ramai yang berdiri di luar. Mujur juga minggu ini semua pelajar asrama SMK Pitas balik kampung..kalau tidak ! saya tidak dapat membayangkan ratusan orang lagi akan berdiri di luar. Namun semangat jemaat dlm ibadah ini sangat tinggi. Penuh penghayatan akan lagu-lagu, kotbah dan memperlihatkan kesatuan yang indah.
Secara peribadi..setiap kali menjelang Good Friday..hati saya sayu dan terasa amat sangat akan Kasih Yesus di atas kayu salib. Seorang penulis dalam bukunya memperincikan peristiwa ini dgn jelas dan menambahkan lagi rasa dekat kita terhadap pengorbananNya. Pemisahan tubuh dgn roh secara 'paksaan' amat (10x) menyakitkan. Hukuman Salib adalah untuk kesalahan paling berat, peribadi yg menerima hukuman dianggap paling hina dan hukuman salib adalah yang paling menyakitkan.Kesakitan ini boleh dijelaskan dimana mangsa dibaringkan, paku dihentak/tekan ke dalam kemudian diangkat dan kayu dihentak masuk ke dalam lubang. Hentakan yang kuat mengoyakkan kulit dan isi bahagian yg dipaku dan kesakitan ini bertambah dengan tarikan graviti bumi. Itulah sebabnya Yesus berteriak bukan sekadar sbg konotasi akan dosa tetapi secara manusia DIA memang sedang menanggung kesakitan yang TIDAK TERPERI ! Itulah sebabnya askar-askar yang terlibat dalam upacara penyaliban biasanya secara tradisi harus minum dulu supaya mereka dlm keadaan 'mabuk' kerana mereka sendiri tidak sanggup melihat kesakitan yang dialami oleh mangsa.
Inilah yang benar-benar dialami oleh Yesus. Kisah ini bukan sekadar catatan sejarah tetapi cerita ini melangkaui batas waktu, sejarah dan pemikiran logik manusia. Semuanya kerana KASIH Allah kepada saya dan saudara. Apakah saudara benar-benar menginsafi kematian Yesus? Dimanakah saudara hari ini, sempena Good Friday? Bercuti? Memancing?Tidur? Sekiranya saudara secara sengaja tidak menghadiri ibadah Good Friday hari ini..bertobatlah. Ingatlah bahawa Tuhan memberikan cuti ini melalui kerajaan Malaysia untuk memberikan peluang kepada umat Kristian beribadah dan bukannya "menyalahgunakan" cuti Good Friday ini. Lebih dari itu...biarlah kuasa kasih dan pengorbanan Yesus Kristus di atas kayu salib di bukit kalvari itu terus menginsafi hati kita sepanjang segala masa. AMIN !

Sabtu, 7 Mac 2009

http://www.gideons.org/

Petang kelmarin, tidur saya dikejutkan dengan satu panggilan dari seorang rakan lama, iaitu Mr.Yapin Gimpoton, bekas YB/Pembantu Menteri era parti Berjaya. Beliau merupakan rakan sepelayanan saya sekitar 1995-1998. Saya pernah menginap di rumah mewahnya di Likas (di hadapan SIB Likas) dan bersama-sama beliau dlm beberapa siri pelayanan. Selepas itu beliau study theologi di Singapura dan kami 'lose contact'. Beliau juga pemilik Gunung Doa Haleluyah Retret Centre di Ranau.
Panggilannya memang agak mengejutkan setelah sekian lama 'terputus hubungan'. Rupanya beliau masih aktif dlm Gideons International dan inilah tujuannya beliau menghubungi saya. Gideons bercadang membuka chapter di Kota Marudu/Pitas dan berhasrat melantik saya sebagai penyelaras di Pitas. Satu lagi tanggungjawab yang berat dan memang rasa berat hati untuk menerima tugas ini setelah dibebani dengan pelbagai tugas pelayanan.
Namun memikirkan matlamat pelayanan Gideons membuatkan saya merasakan panggilan yang jelas dari Tuhan utk pelayanan ini. Sebelum ini pun Gideons sudah 'membawa' ribuan Alkitab percuma di Pitas dan ini membuatkan saya terasa peranan yang Gideons mainkan di Pitas sangat besar dalam membina hidup dan membangun iman Kristian. Di samping kepada para pelajar, Gideons juga memberikan Alkitab secara percuma kepada golongan pekerja beruniform, hotel-hotel dan sebagainya. Setiap kali anda menginap di hotel yang bertaraf bintang, perhatikan di laci-laci bilik hotel, biasanya tersimpan Alkitab yang didermakan oleh Gideons. Anda bukan sahaja boleh membaca malah boleh mengambil Alkitab tersebut.
Dengan ada chapter Gideons di Pitas, bermaksud saya boleh mendapatkan bekalan Alkitab dalam jumlah yang sangat banyak dengan lebih mudah. Orang kata ada 'direct line'. Semoga skop pelayanan yang baru ini akan membawa berkat baru untuk daerah Pitas. Firman Allah TIDAK PERNAH GAGAL mengubah hidup manusia.

Ahad, 15 Februari 2009

MENGGEREJAKAN JEMAAT, MENJEMAATKAN GEREJA

Tajuk di atas merupakan tema PCS Pekan Pitas sesi 2009-2011. Ahli Majlis Pelayan telah duduk bersama..bertukar pandangan dan akhirnya 'endorse' tema ini. Tema ini kemudiaanya saya kotbahkan dalam kebaktian ahad kami pada 8 Februari lalu supaya jemaat memahami makna tema dan bersedia menerapkannya dalam kehidupan mereka. Sesungguhnya tema ini sepintas lalu tidak ada bezanya atau uniknya kerana perkataan yang digunakan sangat mudah difahami.Apa pun berkedut jugalah dahi kami untuk menterjemahkan makna tema ini secara hurufiah. Saya cuba berkongsi tema ini berdasarkan kotbah saya pada waktu itu secara mudah dan ringkas :
1. MENGGEREJAKAN JEMAAT : Memahami hukum bahasa iaitu setiap ayat yang tepat mestilah ada subjek dan predikat maka jelaslah bahawa frasa ini membawa kepada persoalan iaitu "kita mahu jadikan jemaat sebagai apa?". Bercakap tentang ereja kita tahu bahawa bukan bermaksud bangunan dan organisasi melainkan "eklasia" iaitu mereka yang telah dipanggil keluar atau yang telah dipisahkan. Yesus pertama kali mengisytiharkan eklasia ini dalam Matius 16:18 sekaligus menyatakan bahawa Dialah Pemilik, Pengasas, Pendiri, Batu Penjuru dan Dasar kepada eklasia itu. Saya percaya bahawa pada waktu kita telah menerima Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat, kita telah menjadi eklasia kecil (bait Allah) yang terus-menerus membina hubungan dengan Kristus (Efesus 5:22-23). Apabila kita telah memahami konsep gereja yang sebenar dan keberadaan kita sebagai "gereja" maka frasa menjemaatkan gereja merupakan satu tindakan proaktif dan komitmen PCS Pekan Pitas untuk mempastikan jemaat benar-benar menjadi "eklasia" kecil yang mempunyai hubungan dan kehidupan yang intim dengan Tuhan. Melalui frasa ini, Piagam kami ialah "komited untuk membina kehidupan jemaat menjadi gereja-gereja kecil yang berfungsi sebagai tubuh Kristus"
2. MENJEMAATKAN GEREJA : Sebaik sahaja kita menjadi "eklasia" kecil, kehidupan kita tidak statik tetapi "sepatutnya" berkembang/bertumbuh. Jemaat mula-mula berjumlah sekitar 120 orang. Bahkan 12 murid awal merupakan eklasia kecil yang awal dan berkembang, bertumbuh. Jemaat awal telah berkembang (kuantiti/lokasi) dan bertumbuh (kualiti) sehingga dalam masa yang singkat meningkat mencecah ribuan orang. Kisah Para Rasul 2:44, 4:32-35 merupakan sebab mereka berkembang dengan cepat. Perkumpulan dan persekutuan mereka menjadi milik bersama. Segala pelayanan, aktiviti, program, berkat, beban, tangisan, suakcita dan perancangan masa depan adalah MILIK BERSAMA mereka. Mereka ini sebagai "eklasia-eklasia" kecil yang punya hubungan dan kehidupan yang intim bersama Kristus telah berkembang dan dikatakan segalanya adalah "identiti bersama" tanpa menonjolkan individu. Para Rasul hanyalah pemangkin tetapi jemaat adalah peneraju. Saya beranggapan tidak pun wujud istilah pendeta penuh masa waktu itu. Secara hati..mereka semua adalah pelayan penuh masa. Efesus 4:11-13 berkata bahawa ada jabatan khas dalam gereja yang bertujuan memperlengkapi semua orang kudus untuk PEMBANGUNAN RUMAH ALLAH. Melalui frasa ini Piagam kami ialah "komited untuk mentransformasikan penatalayanan dan pelayanan gereja kepada jemaat dalam konteks memenuhi keperluan dan penglibatan secara holistik.
PERNYATAAN : Ada faktor lain yang menjadikan kami yakin akan rencana Tuhan terhadap tema ini, iaitu 1) Kami ketiadaan gembala jemaat sekarang; 2) Kebanyakan pelayan adalah kakitangan kerajaan yang terdedah dengan transformasi kerjaya; 3) Banyak gereja mengambil PCS Pekan sebagai model dalam banyak aspek. Justeru itu..saya berkata kepada jemaat bahawa secara jangka panjang..tema ini mencabar semua jemaat agar tidak lagi melihat kepada rasa rendah diri tetapi mendongak ke atas..melihat kepada rencana dalam hidup mereka untuk memakai mereka. Melalui tema ini..apakah Allah mahu mempersiapkan sesuatu kepada jemaat PCS Pekan Pitas?

Sabtu, 31 Januari 2009

MASA DEPAN BANGUNAN GEREJA

Kalau kita meneliti di Malaysia, setiap bandar mempunyai gereja-gereja yang besar. Kota Kinabalu, Kuching, JB, Seremban, Melaka, KL, Selangor, Ipoh, Georgetown, Kota Bharu dan banyak lagi, kita dpt melihat bangunan-bangunan gereja yang besar wujud dan didirikan di tapak 'prime land' yang besar, kadangkala betul-betul di tengah-tengah bandar..denyut nadi bandar tersebut. Panorama ini bukanlah menghairankan kerana ternyata sekali pihak British meninggalkan satu legasi yang sangat bermakna kepada umat Kristian di Malaysia iaitu tapak tanah yang besar dan strategik untuk gereja. Mari kita tinggalkan legasi ini dan kembali kepada situasi sekarang. Gereja-gereja pada masa kini bukannya mudah mendapatkan tapak untuk pembinaan gereja. Bahkan dalam semua pelan perancang bandar dan desa amat mustahil untuk kita dapat melihat di mana tapak untuk gereja telah disediakan. Justeru ke mana umat Kristian beribadah? Mutakhir ini kita melihat bahawa gereja telah mengambil pendekatan dengan membeli/menyewa ruang rumah kedai untuk dijadikan ruang ibadah. Bagi yang berkemampuan mereka membeli sehingga satu bangunan kedai dan diubahsuai menjadi gereja. Walaupun pendekatan seperti ini menyebabkan ruang persekutuan di kalangan jemaat agak terbatas namun setakat ini, inilah kaedah dan penyelesaian terbaik ekoran masalah tapak yang dihadapi oleh gereja..buat masa ini.
Namun perkembangan terkini amat merisaukan. Mengikut makluman dari NECF, kerajaan dalam rangka untuk 'membatasi' penggunaan kedai-kedai sebagai gereja. Apakah "membatasi" ini bermaksud penggubalan akta melalui kerajaan tempatan untuk melarang kedai-kedai daripada dijadikan gereja? Kalau kerajaan bertegas dlm hal ini pastilah ada ruang untuk mempertimbangkan permohonan gereja untuk mendapatkan tanah sebagai tapak gereja. Baru-baru dalam kajian R & D kami dalam gereja PCS dalam soal status dan kepemilikan tapak gereja adalah seperti berikut :

  • 21 buah gereja PCS didirikan di atas geran individu
  • 3 buah gereja PCS didirikan di atas RSP individu
  • 18 buah gereja PCS didirikan di atas LA individu
  • 28 buah gereja PCS belum dipohon tapaknya
  • Terdapat 6 perkumpulan jemaar (belum ada gedung gereja)

Keputusan ini memperlihatkan 70 buah bangunan gereja PCS dalam keadaan "berisiko" dan mungkin juga situasi yang sama dihadapi oleh gereja lain. Justeru semua pemimpin gereja haruslah melihat isu dan situasi ini dengan teliti dan serius. Selagi ada ruang, gereja harus mengusahakan permohonan tapak gereja agar tidak berhadapan dengan batasan-batasan yang bakal dikenakan terhadap ibadah/gereja di dalam bangunan kedai.

P/S : Atas kapasiti sbg pengerusi gereja, kami pernah memohon tapak gereja tetapi LUC daerah menolak. Kami merayu sampai di peringkat ketua menteri tetapi tetap ditolak. YB dan DO pada masa itu juga memberikan sambutan yang sangat dingin dengan permohonan dan rayuan kami. Ibarat mentimun dengan durian. Apa pun kalau Allah di pihak kita..kemenangan tetap menjadi milik umat yang beriman

Khamis, 22 Januari 2009

Analisis Isu Perkataan "ALLAH"

Saya sudah mengulas isu ini dalam blog saya GerbangPitas pada tahun lalu.Pada dasarnya isu ini sudah lama di negara kita dan hanya "dihangatkan" kembali oleh kerajaan dan menjadi lebih panas apabila kerajaan bertindak menguatkuasakan larangan ini. Sehubungan dengan larangan ini, 3 kes telah difailkan di mahkamah secara berasingan iaitu (1) SIB bersama NECF (2) Majalah Herald (Katolik) dan (3) Seorang Individu Kristian. Kes ketiga-tiga pihak yang berasingan ini masih sedang berlangsung dan salah satu daripada itu telah ditangguhkan sebanyak 11 kali (mungkin dengan tujuan memberi tekanan emosi dan kewangan kepada pihak plantaif) namun semangat mereka tidak kendur. Difahamkan semakin ditekan mereka semakin bersemangat walaupun sumber dana yang kritikal. Disebalik itu juga kebanyakan pemimpin politik yang beragama Kristian (yang mengaku percaya Yesus !) tidak mempedulikan kes ini Hanya ada 1-2 orang yang "mungkin" memberikan sokongan moral dan tidak lebih dari itu.
Hari ini akhbar utusan "meloya" memetik kata-kata datuk syed hamid yang berkata bahawa Majalah Herald mencabar undang-undang kerana masih menggunakan perkataan Allah dalam terbitan mereka yang terbaru. Kenyataan ini membingungkan saya kerana sedangkan kes ini masih di peringkat mahkamah. Kes ini dibawa ke mahkamah untuk "mendapatkan keadilan" yang sinonim dengan maksud "mendaulatkan undang-undang". Kalau diandaikan mahkamah bakal membuat keputusan yang berpihak kepada kerajaan dan Herald masih menggunakan perkataan Allah barulah dianggap mencabar undang-undang.
Saya tertanya-tanya adakah kerajaan yang majoriti penduduk beragama Islam bahkan yang memang negara Islam juga mengenakan undang-undang yang sama.Sepanjang ingatan saya Indonesia dan beberapa negara Islam di Timur Tengah tidak mengenakan sekatan terhadap penggunaan perkataan Allah. Catatan akademik juga memberitahu kepada kita bahawa perkataan Allah sudah digunakan oleh umat Kristian sejak berkurun lamanya khususnya Kristian di Timur Tengah. Justeru agak menghairankan tindakan kerajaan ini.Apatah lagi kalau tindakan ini dilihat bermusim.
Saya berdoa kerajaan Malaysia terus dipimpin oleh Roh Kudus untuk mentadbir negara ini dengan adil, telus dan tanpa prejudis kepada semua lapisan masyarakat. Gereja juga telah menyumbang kepada kemerdekaan, pembangunan, kemakmuran dan perpaduan yang kita nikmati sekarang. Bahkan tulisan saya yang lalu tentang Mission School mengetengahkan pandangan saya bahawa Malaysia Moden lahir dari Mission School yang dipelopori oleh gereja. Maksud pernyataan ini ialah..kebanyakan/majoriti pemimpin, pentadbir, golongan cerdik pandai, ahli profesional...siapa juga yang berperanan melahirkan Malaysia Moden adalah hasil didikan dari Mission School.

Jumaat, 16 Januari 2009

PITAS DILANDA HUJAN RAHMAT

Puji Tuhan talian telefon pulih semula dan blog ini dapat dikemaskini. Hanya pada hari ini sedikit cahaya matahari muncul di Pitas walaupun 'masih malu-malu'. Namun masih ratusan orang yang sedang mendiami beberapa pusat penempatan banjir. Saya belum berkesempatan melawat gereja kerana laluan masih dalam. Pelajar yang kami tempatkan di sana melaporkan bahawa air masuk ke bilik bawah rumah gereja setinggi 2 kaki. Pastilah semua rak buku dan tv telah rosak dan ini merupakan musibah terhadap aset-aset gereja. Seungguhnya gelombang kedua ini agak teruk kesannya. Ahad ini belum ada kepastian adakah kami boleh menjalankan ibadah mingguan. Saat ini hati saya selalu berkata "cukuplah hujan tu Tuhan" dengan nada mengharap tetapi bukan bermaksud desakan.
Firman Tuhan menulis bahawa hujan itu ditetapkan oleh Allah (Ayub 28:26), Allah menyediakan sesuai kehendakNya (Mazmur 147:8). Hujan yang Allah berikan menyatakan kebajikanNya kepada dunia ini (Kisah P.Rasul 14:17) dan dengan hujan Allah mahu menyatakan tentang kekuasaan dan kebesaranNya (Ayub 36:26-28). Justeru firman Allah mengajar umat Allah agar memuji dan menyatakan syukur kerana Allah menyediakan hujan (Mazmur 147:7-8). Satu hal lagi yang perlu kita renung di sebalik hujan ini, tujuan Allah ialah Dia mahu mengairi semula mana-mana mata air yang wujud (Mazmur 104:8).
Walaupun perit..saya percaya kalau saya diberi pilihan saya memilih hujan berbanding kemarau. Lagipun Firman menanalogi bahawa hujan dikaitkan dengan rahmat dan lebih dalam lagi menyatakan berkat-berkat rohani dan tanda keadilan Tuhan (Mazmur 68:10, Hosea 10:12). Manakala kemarau pula selalu menggambarkan tentang hukuman atas dosa (Ulangan 11:17).
Justeru dalam keadaan yang tersepit inilah anak-anak Tuhan dapat menyaksikan karakter mereka dari segi sukacita, iman dan pengharapan di tengah-tengah badai hujan. Saya berdoa kepada Tuhan agar hujan tanpa henti selama 6 hari yang menyebabkan gelombang banjir yang besar melanda Pitas adalah pernyataan gelombang Roh Allah yang bakal melanda Pitas pada 28-30 Ogos 2009 di mana kami akan anjurkan Kebaktian Kebangunan Rohani bersama hamba Tuhan dari Indonesia. Kita menanti-nanti....Amin !

Ahad, 4 Januari 2009

KAMI PERLU PASTOR

Hari ini merupakan hari terakhir pelayanan secara rasmi gembala kami di PCS Pekan Pitas iaitu Pastor Jeliron kerana beliau melanjutkan pembelajaran dalam bidang theologi peringkat sarjana muda di Seminari Theologi Sabah (STS). Puji Tuhan kerana beliau antara 3 orang pelayan dari PCS yang mendapat biasiswa dari Mission 21. Panggilan kepada beliau agak mengejut dan ditambah dengan kesibukan sedia ada menyebabkan kami tidak sempat mengadakan majlis perpisahan. Walau bagaimanapun kami merancang untuk mengadakan sambutan rasmi pada hujung bulan ini sempena cuti tahun baru Cina. Pastor Jeliron sebenarnya bekas murid saya secara sekular dan boleh juga dikatakan 'anak rohani' kerana semasa pelajar, dia tinggal di kawasan yang sama dengan rumah sewa saya.Di samping terlibat dalam Students Fellowship di SMK Pitas, kami juga sering membawa dia dalam beberapa program pelayanan dan semasa itu memang saya sudah melihat potensi yang Tuhan bakal percayakan kepadanya. Selepas SPM dia bekerja di sektor swasta, kemudian belajar di Pusat Latihan Alkitab, Kudat dan selepas tamat dia melayani sebagai gembala PCS di Melaka.
Selepas beberapa tahun membantu pelayanan di Semenanjung, kami menawarkan pelayanan sebagai gembala kepada beliau. "Sayangnya" baru setahun bersama PCS Pekan Pitas, Tuhan percayakan kepadanya pengajian di peringkat degree theologi. Setahun bersama kami, beliau telah menunjukkan cinta kasih kepada Tuhan, kerendahan hati, kesetiaan dalam segala hal dan peringkat. Pihak majlis gereja yg merancang program dan beliau terlibat sama memberikan idea dan menjayakan program. Secara keseluruhan jemaat dapat menerimanya.
Kini PCS Pekan Pitas ketiadaan pastor. Sebenarnya dari segi tenaga pelayan di "mimbar" kami tidak juga kekurangan namun oleh kerana semua pelayan adalah kakitangan awam/swasta, banyak hal yang kami tidak dapat jangkau. Misalnya, penginjilan berterusan, pembelajaran dan lawatan keluarga, pengurusan logistik, kenderaan, persiapan gereja, dll. Terlebih dengan tiadanya pastor, rumah gereja dan gereja terdedah dengan sebarang musibah. Justeru, sesungguhnya kami SANGAT MEMERLUKAN SEORANG PASTOR. Tolong kami dalam doa dan dari segi penyampaian iklan/maklumat untuk mencari seseorang. Kepada yang berkenaan, bolehlah menghubungi saya di talian 088-623124, 019-8325591. Buat masa ini kami akan meneruskan janji iman sedia untuk khusus untuk elaun pastor. Kami yakin dan beriman bahawa Allah akan bertindak menolong kami demi keterusan pembangunan, penatalayanan dan pelayanan yang mapan dan berterusan Rumah Allah, iaitu PCS Pekan Pitas.

Khamis, 1 Januari 2009

IMBASAN PELAYANAN 2008

Selamat tahun baru 2009..Puji Tuhan saya masih hidup..bernafas dan diberi kekuatan dalam peranan yang sangat kecil menyatakan khabar baik dan kasih dari Surga utk semua bangsa di muka bumi. Tahun 2008 telah berlalu dan dalam era persiapan 'strategik' pelayanan 2009 khususnya dua organisasi yg saya ketuai secara langsung...saya terbeban berkongsi kasih dan pimpinan Tuhan dalam pelayanan saya sepanjang tahun 2008.
  • Bagi pelayanan PGKS..hanya 2 program utama yang dapat dilaksana iaitu Kem Tunas Misi dan Kem Sahabat namun saya sangat mengimani hasilnya di hadapan Tuhan. Dari segi pelayanan strategik saya bersyukur kerana Tuhan melakukan 3 hal yang besar iaitu (1) 'membuka' hati Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk membiayai Kursus Penataran subjek Bible Knowledge seluruh Sabah. Ini merupakan mukjizat dan hadiah besar dari surgawi setelah berpuluh tahun PGKS dan semua gereja berdoa. Dijangka mulai pada tahun ini jumlah calon yang mengambil subjek ini akan melonjak ke angka ribuan orang. (2) Pembukaan Joy Centre di Pitas, selaku daerah perintis utk projek ini di peringkat negeri. Projek ini melalui sumbangan SU diharap menjadi pemangkin kepada penanaman benih firman di peringkat sekolah menengah secara tersusun dan berkualiti. (3) Pengambilalihan Asrama PCS di Sikuati membawa PGKS memasuki satu lagi dimensi pelayanan yang baru yang diharap bakal menjadi "Bantaran Joy Centre" yang ke-2 di Sabah dan kefungsian dan matlamat yang menyerupai Joy Centre.
  • PCS Pekan Pitas terus dipelihara Tuhan dalam semua aspek. Dari segi penatalayanan, semuanya berjalan dengan indah. Sepanjang 2008, sebanyak 5 rombongan telah melawat PCS Pekan..datang untuk bersekutu dan belajar 'sesuatu'. Buat pertama kali, kami dpt mengadakan KKR selama 2 malam. Program 'pastor pelawat' juga ternyata membawa impak yang baik. Prestasi jemaat dalam hal memberi juga meningkat di samping prestasi pengurusan kewangan. Ternyata ada bezanya apabila pada tahun 2008 kami mendapat gembala sepenuh masa..banyak membantu kejayaan pelayanan.Dari segi penuaian jiwa, secara prinsipnya ada 6 jiwa baru yang dijangkau melalui penginjilan langsung.
  • Tuhan mempercayakan kepada saya menjadi EXCO PCS period 2008-2012. Banyak memori saya dalam pertumbuhan iman peribadi dan pelayanan umum dalam PCS yg menjadikan saya masih tertanya-tanya dengan perlantikan mereka. Namun saya yakin dengan 'masa' dari Tuhan. Setakat ini saya bersyukur dengan peranan yg saya mampu lakukan dalam EXCO, khususnya dalam bidang R & D dan sekolah mission. Masih banyak yang perlu dan mendesak di lakukan dalam PCS.
  • Bersyukur kerana tahun 2008, Tuhan membawa saya untuk bersemuka dengan Ps.Alfred Tais, SU Eksekutif NECF yang membolehkan saya bertukar maklumat dan program yang penting bersama beliau.
  • Tuhan memimpin saya melayani di beberapa tempat yang baru/pertama kali seperti di Shah Alam, Maringgan, Petani Baru, Tinangol, Nabawan, dll. Banyak perkara baru/besar yang Tuhan lakukan melalui pelayanan ini dan semuanya kerana anugerahNya.

Dengan beban yang semakin mendalam..banyak hal yang perlu atau segera dilakukan menjelang tahun 2009. Saya kurang bersedia berkongsi di sini kerana saya lebih senang membiarkan visi, misi dan beban hati saya diproses oleh Allah dan menunggu apakah jenis bahagian/tugas yg Allah mahu saya laksanakan. Kerana saya tahu bahawa Allah lah yang memainkan peranan besar melaksanakan semua itu..justeru saya berani katakan disini bahawa saya 'tiada autoriti' utk mengumumkan visi yg dari Allah. Ayat emas saya tahun 2009 ialah Nehemia 2:11-12. Allah telah berikan/letakkan sesuatu 'Yerusalem' dalam hati saya yg perlu saya lakukan untuk tahun 2009.