Sabtu, 7 Mac 2009

http://www.gideons.org/

Petang kelmarin, tidur saya dikejutkan dengan satu panggilan dari seorang rakan lama, iaitu Mr.Yapin Gimpoton, bekas YB/Pembantu Menteri era parti Berjaya. Beliau merupakan rakan sepelayanan saya sekitar 1995-1998. Saya pernah menginap di rumah mewahnya di Likas (di hadapan SIB Likas) dan bersama-sama beliau dlm beberapa siri pelayanan. Selepas itu beliau study theologi di Singapura dan kami 'lose contact'. Beliau juga pemilik Gunung Doa Haleluyah Retret Centre di Ranau.
Panggilannya memang agak mengejutkan setelah sekian lama 'terputus hubungan'. Rupanya beliau masih aktif dlm Gideons International dan inilah tujuannya beliau menghubungi saya. Gideons bercadang membuka chapter di Kota Marudu/Pitas dan berhasrat melantik saya sebagai penyelaras di Pitas. Satu lagi tanggungjawab yang berat dan memang rasa berat hati untuk menerima tugas ini setelah dibebani dengan pelbagai tugas pelayanan.
Namun memikirkan matlamat pelayanan Gideons membuatkan saya merasakan panggilan yang jelas dari Tuhan utk pelayanan ini. Sebelum ini pun Gideons sudah 'membawa' ribuan Alkitab percuma di Pitas dan ini membuatkan saya terasa peranan yang Gideons mainkan di Pitas sangat besar dalam membina hidup dan membangun iman Kristian. Di samping kepada para pelajar, Gideons juga memberikan Alkitab secara percuma kepada golongan pekerja beruniform, hotel-hotel dan sebagainya. Setiap kali anda menginap di hotel yang bertaraf bintang, perhatikan di laci-laci bilik hotel, biasanya tersimpan Alkitab yang didermakan oleh Gideons. Anda bukan sahaja boleh membaca malah boleh mengambil Alkitab tersebut.
Dengan ada chapter Gideons di Pitas, bermaksud saya boleh mendapatkan bekalan Alkitab dalam jumlah yang sangat banyak dengan lebih mudah. Orang kata ada 'direct line'. Semoga skop pelayanan yang baru ini akan membawa berkat baru untuk daerah Pitas. Firman Allah TIDAK PERNAH GAGAL mengubah hidup manusia.