Buat masa ini borang sedang disiapkan. Walaubagaimanapun para pemohon boleh menghubungi pihak R & D secepatnya. Dimaklumkan bahawa pihak Mission 21 sangat mementingkan kesan dan manfaat kepada PCS mengenai pemberian biasiswa. Justeru disamping kelayakan berdasarkan keanggotaan kepada PCS, satu bentuk "persefahaman rasmi" akan dibuat di antara PCS dengan pemohon yang berjaya bahawa apabila berjaya kelak, beliau sanggup membantu PCS sesuai dengan bidang kepakarannya khususnya dari segi pelayanan misi, pentadbiran dam sebagainya. Ringkasnya..tahu berterima kasih kepada Tuhan melalui PCS.
Isnin, 20 April 2009
BIASISWA PCS
Buat masa ini borang sedang disiapkan. Walaubagaimanapun para pemohon boleh menghubungi pihak R & D secepatnya. Dimaklumkan bahawa pihak Mission 21 sangat mementingkan kesan dan manfaat kepada PCS mengenai pemberian biasiswa. Justeru disamping kelayakan berdasarkan keanggotaan kepada PCS, satu bentuk "persefahaman rasmi" akan dibuat di antara PCS dengan pemohon yang berjaya bahawa apabila berjaya kelak, beliau sanggup membantu PCS sesuai dengan bidang kepakarannya khususnya dari segi pelayanan misi, pentadbiran dam sebagainya. Ringkasnya..tahu berterima kasih kepada Tuhan melalui PCS.
Jumaat, 10 April 2009
KEBAKTIAN JUMAAT AGUNG
Shalom..agak lama tidak updatekan blog ini. Isu dan berita memang banyak tetapi disamping kesibukan..kabel kamera digital saya juga digigit tikus yg menyukarkan saya selitkan rakaman bergambar. Gambar dlm post saya kali ini pun atas ehsan rakan sepelayanan saya, cikgu Henson.
Agung bersama yang diadakan di PCS Pekan Pitas. Pelayanan pemimpin & muzik dari PCS, Kotbah dari Anglikan dan pelayanan lain dikendalikan oleh SIB. Puji Tuhan dengan kesatuan yang indah. Saya berpendapat bahawa ada 2 peristiwa/kalendar umat Kristian yang wajar dirayakan bersama tanpa batasan nama gereja iaitu Kelahiran dan Kematian Yesus. Gereja PCS Pekan Pitas sangat kecil. Hanya berukuran 24' x 40' dan secara logiknya hanya boleh memuatkan paling ramai 200 orang.Justeru masih ramai yang berdiri di luar. Mujur juga minggu ini semua pelajar asrama SMK Pitas balik kampung..kalau tidak ! saya tidak dapat membayangkan ratusan orang lagi akan berdiri di luar. Namun semangat jemaat dlm ibadah ini sangat tinggi. Penuh penghayatan akan lagu-lagu, kotbah dan memperlihatkan kesatuan
yang indah.Inilah yang benar-benar dialami oleh Yesus. Kisah ini bukan sekadar catatan sejarah tetapi cerita ini melangkaui batas waktu, sejarah dan pemikiran logik manusia. Semuanya kerana KASIH Allah kepada saya dan saudara. Apakah saudara benar-benar menginsafi kematian Yesus? Dimanakah saudara hari ini, sempena Good Friday? Bercuti? Memancing?Tidur? Sekiranya saudara secara sengaja tidak menghadiri ibadah Good Friday hari ini..bertobatlah. Ingatlah bahawa Tuhan memberikan cuti ini melalui kerajaan Malaysia untuk memberikan peluang kepada umat Kristian beribadah dan bukannya "menyalahgunakan" cuti Good Friday ini. Lebih dari itu...biarlah kuasa kasih dan pengorbanan Yesus Kristus di atas kayu salib di bukit kalvari itu terus menginsafi hati kita sepanjang segala masa. AMIN !
Sabtu, 7 Mac 2009
http://www.gideons.org/
Petang kelmarin, tidur saya dikejutkan dengan satu panggilan dari seorang rakan lama, iaitu Mr.Yapin Gimpoton, bekas YB/Pembantu Menteri era parti Berjaya. Beliau merupakan rakan sepelayanan saya sekitar 1995-1998. Saya pernah menginap di rumah mewahnya di Likas (di hadapan SIB Likas) dan bersama-sama beliau dlm beberapa siri pelayanan. Selepas itu beliau study theologi di Singapura dan kami 'lose contact'. Beliau juga pemilik Gunung Doa Haleluyah Retret Centre di Ranau.
k mengejutkan setelah sekian lama 'terputus hubungan'. Rupanya beliau masih aktif dlm Gideons International dan inilah tujuannya beliau menghubungi saya. Gideons bercadang membuka chapter di Kota Marudu/Pitas dan berhasrat melantik saya sebagai penyelaras di Pitas. Satu lagi tanggungjawab yang berat dan memang rasa berat hati untuk menerima tugas ini setelah dibebani dengan pelbagai tugas pelayanan.
ilan yang jelas dari Tuhan utk pelayanan ini. Sebelum ini pun Gideons sudah 'membawa' ribuan Alkitab percuma di Pitas dan ini membuatkan saya terasa peranan yang Gideons mainkan di Pitas sangat besar dalam membina hidup dan membangun iman Kristian. Di samping kepada para pelajar, Gideons juga memberikan Alkitab secara percuma kepada golongan pekerja beruniform, hotel-hotel dan sebagainya. Setiap kali anda menginap di hotel yang bertaraf bintang, perhatikan di laci-laci bilik hotel, biasanya tersimpan Alkitab yang didermakan oleh Gideons. Anda bukan sahaja boleh membaca malah boleh mengambil Alkitab tersebut.Ahad, 15 Februari 2009
MENGGEREJAKAN JEMAAT, MENJEMAATKAN GEREJA
Tajuk di atas merupakan tema PCS Pekan Pitas sesi 2009-2011. Ahli Majlis Pelayan telah duduk bersama..bertukar pandangan dan akhirnya 'endorse' tema ini. Tema ini kemudiaanya saya kotbahkan dalam kebaktian ahad kami pada 8 Februari lalu supaya jemaat memahami makna tema dan bersedia menerapkannya dalam kehidupan mereka. Sesungguhnya tema ini sepintas lalu tidak ada bezanya atau uniknya kerana perkataan yang digunakan sangat mudah difahami.Apa pun berkedut jugalah dahi kami untuk menterjemahkan makna tema ini secara hurufiah. Saya cuba berkongsi tema ini berdasarkan kotbah saya pada waktu itu secara mudah dan ringkas :1. MENGGEREJAKAN JEMAAT : Memahami hukum bahasa iaitu setiap ayat yang tepat mestilah ada subjek dan predikat maka jelaslah bahawa frasa ini membawa kepada persoalan iaitu "kita mahu jadikan jemaat sebagai apa?". Bercakap tentang ereja kita tahu bahawa bukan bermaksud bangunan dan organisasi melainkan "eklasia" iaitu m
2. MENJEMAATKAN GEREJA : Sebaik sahaja kita menjadi "eklasia" kecil, kehidupan kita tidak statik tetapi "sepatutnya" berkembang/bertumbuh. Jemaat mula-mula berjumlah sekitar 120 orang. Bahkan 12 murid awal merupakan eklasia kecil yang awal dan berkembang, bertumbuh. Jemaat aw
al telah berkembang (kuantiti/lokasi) dan bertumbuh (kualiti) sehingga dalam masa yang singkat meningkat mencecah ribuan orang. Kisah Para Rasul 2:44, 4:32-35 merupakan sebab mereka berkembang dengan cepat. Perkumpulan dan persekutuan mereka menjadi milik bersama. Segala pelayanan, aktiviti, program, berkat, beban, tangisan, suakcita dan perancangan masa depan adalah MILIK BERSAMA mereka. Mereka ini sebagai "eklasia-eklasia" kecil yang punya hubungan dan kehidupan yang intim bersama Kristus telah berkembang dan dikatakan segalanya adalah "identiti bersama" tanpa menonjolkan individu. Para Rasul hanyalah pemangkin tetapi jemaat adalah peneraju. Saya beranggapan tidak pun wujud istilah pendeta penuh masa waktu itu. Secara hati..mereka semua adalah pelayan penuh masa. Efesus 4:11-13 berkata bahawa ada jabatan khas dalam gereja yang bertujuan memperlengkapi semua orang kudus untuk PEMBANGUNAN RUMAH ALLAH. Melalui frasa ini Piagam kami ialah "komited untuk mentransformasikan penatalayanan dan pelayanan gereja kepada jemaat dalam konteks memenuhi keperluan dan penglibatan secara holistik.PERNYATAAN : Ada faktor lain yang menjadikan kami yakin akan rencana Tuhan terhadap tema ini, iaitu 1) Kami ketiadaan gembala jemaat sekarang; 2) Kebanyakan pelayan adalah kakitangan kerajaan yang terdedah dengan transformasi kerjaya; 3) Banyak gereja mengambil PCS Pekan sebagai model dalam banyak aspek. Justeru itu..saya berkata kepada jemaat bahawa secara jangka panjang..tema ini mencabar semua jemaat agar tidak lagi melihat kepada rasa rendah diri tetapi mendongak ke atas..melihat kepada rencana dalam hidup mereka untuk memakai mereka. Melalui tema ini..apakah Allah mahu mempersiapkan sesuatu kepada jemaat PCS Pekan Pitas?
Sabtu, 31 Januari 2009
MASA DEPAN BANGUNAN GEREJA
bermakna kepada umat Kristian di Malaysia iaitu tapak tanah yang besar dan strategik untuk gereja. Mari kita tinggalkan legasi ini dan kembali kepada situasi sekarang. Gereja-gereja pada masa kini bukannya mudah mendapatkan tapak untuk pembinaan gereja. Bahkan dalam semua pelan perancang bandar dan desa amat mustahil untuk kita dapat melihat di mana tapak untuk gereja telah disediakan. Justeru ke mana umat Kristian beribadah? Mutakhir ini kita melihat bahawa gereja telah mengambil pendekatan dengan membeli/menyewa ruang rumah kedai untuk dijadikan ruang ibadah. Bagi yang berkemampuan mereka membeli sehingga satu bangunan kedai dan diubahsuai menjadi gereja. Walaupun pendekatan seperti ini menyebabkan ruang persekutuan di kalangan jemaat agak
terbatas namun setakat ini, inilah kaedah dan penyelesaian terbaik ekoran masalah tapak yang dihadapi oleh gereja..buat masa ini.- 21 buah gereja PCS didirikan di atas geran individu
- 3 buah gereja PCS didirikan di atas RSP individu
- 18 buah gereja PCS didirikan di atas LA individu
- 28 buah gereja PCS belum dipohon tapaknya
- Terdapat 6 perkumpulan jemaar (belum ada gedung gereja)
Keputusan ini memperlihatkan 70 buah bangunan gereja PCS dalam keadaan "berisiko" dan mungkin juga situasi yang sama dihadapi oleh gereja lain. Justeru semua pemimpin gereja haruslah melihat isu dan situasi ini dengan teliti dan serius. Selagi ada ruang, gereja harus mengusahakan permohonan tapak gereja agar tidak berhadapan dengan batasan-batasan yang bakal dikenakan terhadap ibadah/gereja di dalam bangunan kedai.
P/S : Atas kapasiti sbg pengerusi gereja, kami pernah memohon tapak gereja tetapi LUC daerah menolak. Kami merayu sampai di peringkat ketua menteri tetapi tetap ditolak. YB dan DO pada masa itu juga memberikan sambutan yang sangat dingin dengan permohonan dan rayuan kami. Ibarat mentimun dengan durian. Apa pun kalau Allah di pihak kita..kemenangan tetap menjadi milik umat yang beriman
Khamis, 22 Januari 2009
Analisis Isu Perkataan "ALLAH"
Saya sudah mengulas isu ini dalam blog saya GerbangPitas pada tahun lalu.Pada dasarnya isu ini sudah lama di negara kita dan hanya "dihangatkan" kembali oleh kerajaan dan menjadi lebih panas apabila kerajaan bertindak menguatkuasakan larangan ini. Sehubungan dengan larangan ini, 3 kes telah difailkan di mahkamah secara berasingan iaitu (1) SIB bersama NECF (2) Majalah Herald (Katolik) dan (3) Seorang Individu Kristian. Kes ketiga-tiga pihak yang berasingan ini masih sedang berlangsung dan salah satu daripada itu telah ditangguhkan sebanyak 11 kali (mungkin dengan tujuan memberi tekanan emosi dan kewangan kepada pihak plantaif) namun semangat mereka tidak kendur. Difahamkan semakin ditekan mereka semakin bersemangat walaupun sumber dana yang kritikal. Disebalik itu juga kebanyakan pemimpin politik yang beragama Kristian (yang mengaku percaya Yesus !) tidak mempedulikan kes ini Hanya ada 1-2 orang yang "mungkin" memberikan sokongan moral dan tidak lebih dari itu. Jumaat, 16 Januari 2009
PITAS DILANDA HUJAN RAHMAT
hari muncul di Pitas walaupun 'masih malu-malu'. Namun masih ratusan orang yang sedang mendiami beberapa pusat penempatan banjir. Saya belum berkesempatan melawat gereja kerana laluan masih dalam. Pelajar yang kami tempatkan di sana melaporkan bahawa air masuk ke bilik bawah rumah gereja setinggi 2 kaki. Pastilah semua rak buku dan tv telah rosak dan ini merupakan musibah terhadap aset-aset gereja. Seungguhnya gelombang kedua ini agak teruk kesannya. Ahad ini belum ada kepastian adakah kami boleh menjalankan ibadah mingguan. Saat ini hati saya selalu berkata "cukuplah hujan tu Tuhan" dengan nada mengharap tetapi bukan bermaksud desakan.