Tajuk di atas merupakan tema PCS Pekan Pitas sesi 2009-2011. Ahli Majlis Pelayan telah duduk bersama..bertukar pandangan dan akhirnya 'endorse' tema ini. Tema ini kemudiaanya saya kotbahkan dalam kebaktian ahad kami pada 8 Februari lalu supaya jemaat memahami makna tema dan bersedia menerapkannya dalam kehidupan mereka. Sesungguhnya tema ini sepintas lalu tidak ada bezanya atau uniknya kerana perkataan yang digunakan sangat mudah difahami.Apa pun berkedut jugalah dahi kami untuk menterjemahkan makna tema ini secara hurufiah. Saya cuba berkongsi tema ini berdasarkan kotbah saya pada waktu itu secara mudah dan ringkas :1. MENGGEREJAKAN JEMAAT : Memahami hukum bahasa iaitu setiap ayat yang tepat mestilah ada subjek dan predikat maka jelaslah bahawa frasa ini membawa kepada persoalan iaitu "kita mahu jadikan jemaat sebagai apa?". Bercakap tentang ereja kita tahu bahawa bukan bermaksud bangunan dan organisasi melainkan "eklasia" iaitu m
2. MENJEMAATKAN GEREJA : Sebaik sahaja kita menjadi "eklasia" kecil, kehidupan kita tidak statik tetapi "sepatutnya" berkembang/bertumbuh. Jemaat mula-mula berjumlah sekitar 120 orang. Bahkan 12 murid awal merupakan eklasia kecil yang awal dan berkembang, bertumbuh. Jemaat aw
al telah berkembang (kuantiti/lokasi) dan bertumbuh (kualiti) sehingga dalam masa yang singkat meningkat mencecah ribuan orang. Kisah Para Rasul 2:44, 4:32-35 merupakan sebab mereka berkembang dengan cepat. Perkumpulan dan persekutuan mereka menjadi milik bersama. Segala pelayanan, aktiviti, program, berkat, beban, tangisan, suakcita dan perancangan masa depan adalah MILIK BERSAMA mereka. Mereka ini sebagai "eklasia-eklasia" kecil yang punya hubungan dan kehidupan yang intim bersama Kristus telah berkembang dan dikatakan segalanya adalah "identiti bersama" tanpa menonjolkan individu. Para Rasul hanyalah pemangkin tetapi jemaat adalah peneraju. Saya beranggapan tidak pun wujud istilah pendeta penuh masa waktu itu. Secara hati..mereka semua adalah pelayan penuh masa. Efesus 4:11-13 berkata bahawa ada jabatan khas dalam gereja yang bertujuan memperlengkapi semua orang kudus untuk PEMBANGUNAN RUMAH ALLAH. Melalui frasa ini Piagam kami ialah "komited untuk mentransformasikan penatalayanan dan pelayanan gereja kepada jemaat dalam konteks memenuhi keperluan dan penglibatan secara holistik.PERNYATAAN : Ada faktor lain yang menjadikan kami yakin akan rencana Tuhan terhadap tema ini, iaitu 1) Kami ketiadaan gembala jemaat sekarang; 2) Kebanyakan pelayan adalah kakitangan kerajaan yang terdedah dengan transformasi kerjaya; 3) Banyak gereja mengambil PCS Pekan sebagai model dalam banyak aspek. Justeru itu..saya berkata kepada jemaat bahawa secara jangka panjang..tema ini mencabar semua jemaat agar tidak lagi melihat kepada rasa rendah diri tetapi mendongak ke atas..melihat kepada rencana dalam hidup mereka untuk memakai mereka. Melalui tema ini..apakah Allah mahu mempersiapkan sesuatu kepada jemaat PCS Pekan Pitas?

