Jumaat, 10 April 2009

KEBAKTIAN JUMAAT AGUNG

Shalom..agak lama tidak updatekan blog ini. Isu dan berita memang banyak tetapi disamping kesibukan..kabel kamera digital saya juga digigit tikus yg menyukarkan saya selitkan rakaman bergambar. Gambar dlm post saya kali ini pun atas ehsan rakan sepelayanan saya, cikgu Henson.
Puji Tuhan..kerajaan Malaysia masih meneruskan cuti Good Friday khusus untuk Sabah, Sarawak, Melaka dan Pulau Pinang. Persekutuan Gereja-Gereja Pitas mengambil peluang ini dengan mengadakan kebaktian Jumaat Agung bersama yang diadakan di PCS Pekan Pitas. Pelayanan pemimpin & muzik dari PCS, Kotbah dari Anglikan dan pelayanan lain dikendalikan oleh SIB. Puji Tuhan dengan kesatuan yang indah. Saya berpendapat bahawa ada 2 peristiwa/kalendar umat Kristian yang wajar dirayakan bersama tanpa batasan nama gereja iaitu Kelahiran dan Kematian Yesus. Gereja PCS Pekan Pitas sangat kecil. Hanya berukuran 24' x 40' dan secara logiknya hanya boleh memuatkan paling ramai 200 orang.Justeru masih ramai yang berdiri di luar. Mujur juga minggu ini semua pelajar asrama SMK Pitas balik kampung..kalau tidak ! saya tidak dapat membayangkan ratusan orang lagi akan berdiri di luar. Namun semangat jemaat dlm ibadah ini sangat tinggi. Penuh penghayatan akan lagu-lagu, kotbah dan memperlihatkan kesatuan yang indah.
Secara peribadi..setiap kali menjelang Good Friday..hati saya sayu dan terasa amat sangat akan Kasih Yesus di atas kayu salib. Seorang penulis dalam bukunya memperincikan peristiwa ini dgn jelas dan menambahkan lagi rasa dekat kita terhadap pengorbananNya. Pemisahan tubuh dgn roh secara 'paksaan' amat (10x) menyakitkan. Hukuman Salib adalah untuk kesalahan paling berat, peribadi yg menerima hukuman dianggap paling hina dan hukuman salib adalah yang paling menyakitkan.Kesakitan ini boleh dijelaskan dimana mangsa dibaringkan, paku dihentak/tekan ke dalam kemudian diangkat dan kayu dihentak masuk ke dalam lubang. Hentakan yang kuat mengoyakkan kulit dan isi bahagian yg dipaku dan kesakitan ini bertambah dengan tarikan graviti bumi. Itulah sebabnya Yesus berteriak bukan sekadar sbg konotasi akan dosa tetapi secara manusia DIA memang sedang menanggung kesakitan yang TIDAK TERPERI ! Itulah sebabnya askar-askar yang terlibat dalam upacara penyaliban biasanya secara tradisi harus minum dulu supaya mereka dlm keadaan 'mabuk' kerana mereka sendiri tidak sanggup melihat kesakitan yang dialami oleh mangsa.
Inilah yang benar-benar dialami oleh Yesus. Kisah ini bukan sekadar catatan sejarah tetapi cerita ini melangkaui batas waktu, sejarah dan pemikiran logik manusia. Semuanya kerana KASIH Allah kepada saya dan saudara. Apakah saudara benar-benar menginsafi kematian Yesus? Dimanakah saudara hari ini, sempena Good Friday? Bercuti? Memancing?Tidur? Sekiranya saudara secara sengaja tidak menghadiri ibadah Good Friday hari ini..bertobatlah. Ingatlah bahawa Tuhan memberikan cuti ini melalui kerajaan Malaysia untuk memberikan peluang kepada umat Kristian beribadah dan bukannya "menyalahgunakan" cuti Good Friday ini. Lebih dari itu...biarlah kuasa kasih dan pengorbanan Yesus Kristus di atas kayu salib di bukit kalvari itu terus menginsafi hati kita sepanjang segala masa. AMIN !

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Shallom cikgu..
Puji Tuhan kita berada di negara yang aman untuk memperingati Good Friday. Namun di Labuan, tiada cuti untuk Good Friday, dan saya sendiri mengambil cuti CRK pada hari tersebut dan menjalani doa dan puasa. Dalam doa kami, Jemaat PCS Labuan, Kami berdoa agar pada masa-masa akan datang, pemimpin negara kita akan dibukakan mata hati dan memberikan cuti bagi untuk Good Friday di Labuan. Itulah langkah pertama kami, dan berharap agar saudara/i juga dapat berdoa bagi kami di Labuan.
Langkah kedua, kami usulkan kepada Labuan Interchurch supaya perkara ini dapat diusulkan kepada pihak berkenaan. Labuan Interchurch adalah gabungan gereja2 di Labuan dan dari organisasi inilah yang menjadi penghubung diantara gereja2 di Labuan dan pentadbir wilayah Labuan.

Doa dari kalin amat diharapkan, supaya kami juga dapat "menikmati" cuti bagi memperingati kesengsaraan Tuhan kita...
Tuhan Memberkati