bermakna kepada umat Kristian di Malaysia iaitu tapak tanah yang besar dan strategik untuk gereja. Mari kita tinggalkan legasi ini dan kembali kepada situasi sekarang. Gereja-gereja pada masa kini bukannya mudah mendapatkan tapak untuk pembinaan gereja. Bahkan dalam semua pelan perancang bandar dan desa amat mustahil untuk kita dapat melihat di mana tapak untuk gereja telah disediakan. Justeru ke mana umat Kristian beribadah? Mutakhir ini kita melihat bahawa gereja telah mengambil pendekatan dengan membeli/menyewa ruang rumah kedai untuk dijadikan ruang ibadah. Bagi yang berkemampuan mereka membeli sehingga satu bangunan kedai dan diubahsuai menjadi gereja. Walaupun pendekatan seperti ini menyebabkan ruang persekutuan di kalangan jemaat agak
terbatas namun setakat ini, inilah kaedah dan penyelesaian terbaik ekoran masalah tapak yang dihadapi oleh gereja..buat masa ini.- 21 buah gereja PCS didirikan di atas geran individu
- 3 buah gereja PCS didirikan di atas RSP individu
- 18 buah gereja PCS didirikan di atas LA individu
- 28 buah gereja PCS belum dipohon tapaknya
- Terdapat 6 perkumpulan jemaar (belum ada gedung gereja)
Keputusan ini memperlihatkan 70 buah bangunan gereja PCS dalam keadaan "berisiko" dan mungkin juga situasi yang sama dihadapi oleh gereja lain. Justeru semua pemimpin gereja haruslah melihat isu dan situasi ini dengan teliti dan serius. Selagi ada ruang, gereja harus mengusahakan permohonan tapak gereja agar tidak berhadapan dengan batasan-batasan yang bakal dikenakan terhadap ibadah/gereja di dalam bangunan kedai.
P/S : Atas kapasiti sbg pengerusi gereja, kami pernah memohon tapak gereja tetapi LUC daerah menolak. Kami merayu sampai di peringkat ketua menteri tetapi tetap ditolak. YB dan DO pada masa itu juga memberikan sambutan yang sangat dingin dengan permohonan dan rayuan kami. Ibarat mentimun dengan durian. Apa pun kalau Allah di pihak kita..kemenangan tetap menjadi milik umat yang beriman





