Khamis, 22 Januari 2009

Analisis Isu Perkataan "ALLAH"

Saya sudah mengulas isu ini dalam blog saya GerbangPitas pada tahun lalu.Pada dasarnya isu ini sudah lama di negara kita dan hanya "dihangatkan" kembali oleh kerajaan dan menjadi lebih panas apabila kerajaan bertindak menguatkuasakan larangan ini. Sehubungan dengan larangan ini, 3 kes telah difailkan di mahkamah secara berasingan iaitu (1) SIB bersama NECF (2) Majalah Herald (Katolik) dan (3) Seorang Individu Kristian. Kes ketiga-tiga pihak yang berasingan ini masih sedang berlangsung dan salah satu daripada itu telah ditangguhkan sebanyak 11 kali (mungkin dengan tujuan memberi tekanan emosi dan kewangan kepada pihak plantaif) namun semangat mereka tidak kendur. Difahamkan semakin ditekan mereka semakin bersemangat walaupun sumber dana yang kritikal. Disebalik itu juga kebanyakan pemimpin politik yang beragama Kristian (yang mengaku percaya Yesus !) tidak mempedulikan kes ini Hanya ada 1-2 orang yang "mungkin" memberikan sokongan moral dan tidak lebih dari itu.
Hari ini akhbar utusan "meloya" memetik kata-kata datuk syed hamid yang berkata bahawa Majalah Herald mencabar undang-undang kerana masih menggunakan perkataan Allah dalam terbitan mereka yang terbaru. Kenyataan ini membingungkan saya kerana sedangkan kes ini masih di peringkat mahkamah. Kes ini dibawa ke mahkamah untuk "mendapatkan keadilan" yang sinonim dengan maksud "mendaulatkan undang-undang". Kalau diandaikan mahkamah bakal membuat keputusan yang berpihak kepada kerajaan dan Herald masih menggunakan perkataan Allah barulah dianggap mencabar undang-undang.
Saya tertanya-tanya adakah kerajaan yang majoriti penduduk beragama Islam bahkan yang memang negara Islam juga mengenakan undang-undang yang sama.Sepanjang ingatan saya Indonesia dan beberapa negara Islam di Timur Tengah tidak mengenakan sekatan terhadap penggunaan perkataan Allah. Catatan akademik juga memberitahu kepada kita bahawa perkataan Allah sudah digunakan oleh umat Kristian sejak berkurun lamanya khususnya Kristian di Timur Tengah. Justeru agak menghairankan tindakan kerajaan ini.Apatah lagi kalau tindakan ini dilihat bermusim.
Saya berdoa kerajaan Malaysia terus dipimpin oleh Roh Kudus untuk mentadbir negara ini dengan adil, telus dan tanpa prejudis kepada semua lapisan masyarakat. Gereja juga telah menyumbang kepada kemerdekaan, pembangunan, kemakmuran dan perpaduan yang kita nikmati sekarang. Bahkan tulisan saya yang lalu tentang Mission School mengetengahkan pandangan saya bahawa Malaysia Moden lahir dari Mission School yang dipelopori oleh gereja. Maksud pernyataan ini ialah..kebanyakan/majoriti pemimpin, pentadbir, golongan cerdik pandai, ahli profesional...siapa juga yang berperanan melahirkan Malaysia Moden adalah hasil didikan dari Mission School.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa salahnya jika kerajaan telah menetapkan sedemikian. Kata Allah adalah berkait juga dengan isu bahasa. Bahasa mesti berkait rapat dengan budaya satu-satu tempat. Dan tentu sekali tidak boleh dengan mudah disamakan dengan budaya tempat lain. Lain padang lain belalang, lain negara lain peraturan dan undang-undangnya. Usahlah berdegil dalam hal ini. Bagaimana kalau orang Islam meminta perayaan Krismas di negara ini tidak perlu diwujud dan dirai dengan cuti umum.

Maklin Masiau berkata...

tq dgn pendpt..sekadar pertanyaan :
1.kerana saudara "Voidam" mengatakan bahawa kata Allah berkait dgn isu bahasa..maka..bagaimana pula kedudukan masyarakat di Timur Tengah yang berbahasa Arab tetapi beragama Kristian?
2.Menurut saudara peraturan kerajaan ini berdasarkan perundangan Islam atau perundangan sekular?

Terima kasih dan Tuhan Memberkati saudara.

Tanpa Nama berkata...

Isu ini banyak memberikan kesan kepada rakyat malaysia, apa yang dikesalkan, baru2 ini keputusan telahpun dikemukakan untuk membenarkan penggunaan perkataan Allah kepada golongan Kristian, tetapi tiba2 keputusan itu dikatakan ada kesilapan. Perkara ini sangat sensetif, kenapa mesti ada KESILAPAN????
Namun Puji Tuhan, isu ini saya nampak memberikan satu KESATUAN kepada umat Kristian berbagai denominasi di Malaysia yang selama ini banyak perkara yang tidak dipersetujui dalam tataibadah. Tapi dalam hal ini semua umat Kristian di Malaysia (yang percaya Yesus sebagai Juruslamat) telah Bersatu....

Onoi berkata...

Voidam ni saja2 becakap kali. mcm, tiada suda yang dia mau ulas. Apapun, bgus jugala Voidam bagi tau pendapat dia. Jadi, dia bole dpt penjelasan yg pendapat dia tu betul ka inda.
Yg ayat terakir c voidam tu mcm tida betul saja..tu. telampau kritis..puitis..ka apa. he..he.

Begini, dalam kes perkataan Allah ini, nampak mcm sekarang dipolitikkan bah sy rasa. Mgkn untuk melangsungkan survival politik dorang kali (propaganda).

Alasan sesetengah umat islam ialah, takut/risau umatnya terpesong akidah jika ada orang yang bukan islam guna perkataan Allah. (sya ckp sesetengah.. pasal ada juga orang muslim yg setuju istilah ini diguna oleh orang bukan islam, cthnya Mursyidul-betulka ejaan?- Am PAS sendiri)

Ini sya fikir, satu helah bela diri yg campin jglah. Tapi, baik kita lebih telus, jujur, dan tidak merendahkan kedudukan satu-satu agama dengan menganggap agama kita ini yg paling suci.itu akan menjadikan perpaduan lebih kukuh dan tidak perlu dipaksa2 mcm skrg ini.
....